KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.

Perdana Menteri menyifatkan Raisi sebagai pemimpin yang senang untuk bekerjasama dan suatu kehilangan dalam perjuangan menegakkan hak Palestin.

Menerusi kenyataan, Perdana Menteri turut berkongsi sempat bertemu Raisi di New York, Amerika Syarikat pada tahun lalu dan telah menekuni pelbagai perkara yang dekat dengan kedua-dua negara.

"Beliau menonjolkan sikap yang terbuka tetapi tegas terutamanya dalam soal pembangunan rakyatnya serta punyai keupayaan yang tinggi dalam memelihara Iran sebagai negara dan tamadun yang kuat.


"Saya selesa bekerjasama dengan beliau dan tragedi ini tentunya menyedihkan dan meninggalkan bekas yang mendalam terutamanya dalam perjuangan membela warga Palestin," kata beliau.

SEMUA KANNDUNGAN BERHUBUNG HELIKOPTER TERHEMPAS DI LAPOR LANGSUNG INI



Menurut Perdana Menteri, Malaysia berduka atas tragedi berkenaan dan bersedih atas malapetaka yang menimpa negara sahabat Iran.

"Doa dan solidariti buat rakyat Republik Islam Iran, dan semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan memberi tempat yang istimewa di sisiNya," ujart beliau.