Menurut kenyataan Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Hamid Mohd Amin, kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Jelasnya panggilan kecemasan diterima daripada pemancing yang berada di sekitar lokasi kejadian.
Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) telah diaktifkan pada jam 10.15 pagi oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya.
Ketika kejadian, helikopter berkenaan diterbangkan Leftenan Komander Tengku Mohd Nizam Tengku Zakaria, Leftenan Komandar Mohamad Azrol Saidi bersama seorang kru udara Pegawai Waran I John Ibno serta seorang Perenang Penyelamat Bintara, Muhamad Nurhayyat Hashim.
Kesemua kru telah berjaya diselamatkan dan diterbangkan ke Stesen Udara Maritim Subang (SUMS).
Sebelum itu bot pemancing yang berada di lokasi kejadian telah memberi bantuan awal kepada kru yang terbabit.
Siasatan lanjut akan dilakukan Maritim Malaysia bagi mengenalpasti punca kejadian.