Pasti ada di antara kita pernah mengalami situasi berhadapan dengan kelibat 'hantu' sehingga membuatkan
seseorang itu asyik terbayang-bayang situasi menyeramkan itu.

Lebih parah jika imej tersebut dilihat oleh mereka yang lemah semangat atau ketika bersendirian.

Meskipun hanya sekadar mendengar cerita-cerita seram yang disampaikan oleh rakan ketika bersarapan pagi atau video yang dikongsikan di media sosial namun ia boleh mengganggu ketenteraman jiwa mereka yang melihatnya.

Terbaru, video yang tular di media sosial memaparkan rakaman kamera papan pemuka merakamkan kelibat perempuan berbaju kebaya merah muncul di empat lokasi berbeza dalam masa kurang seminit.




Berdasarkan tarikh dan waktu dalam video tersebut ia dipercayai dirakamkan awal pagi Rabu di sekitar jam 3.24 pagi.

Lokasi kejadian bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun kesahihan video berkenaan dipersoal selepas muncul screen grab yang menyatakan ia hanyalah sekadar gurauan.


Screenshot ini tular di media sosial yang mendakwa rakaman berkenaan hanyalah satu gurauan


Ada pula cakap-cakap di media sosial yang menyatakan ia tidak lebih sekadar gimik untuk pelancaran sebuah filem seram mengenai pontianak.

Tidak dapat dipastikan sama ada video berkenaan benar atau direka oleh pihak tertentu.

Namun dari sudut pandangan Islam, agama mengiktiraf selain mengakui wujudnya makhluk dan alam ghaib seperti syaitan serta jin.