PELAKON watak hantu dalam filem Munafik 2, Shahidan Izwan atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali mula dikenali meskipun telah memegang watak yang sama dalam Munafik 1.
Kalangan peminat ada juga yang terkejut apabila hantu dilihat di dalam filem itu rupanya seorang lelaki.
Malah Instagram (IG) miliknya pula mula diikuti para peminat terutama kalangan wanita dan turut memuji dirinya sebagai seorang hantu yang kacak.
Ada juga yang mengusiknya persis 'Bruno Mars Malaysia'.
Selain berlakon, dia juga merupakan juruhebah sambilan di radio Era.
Melalui salah satu entri di Instagram (IG) miliknya, dia turut berkongsi pengalaman menarik termasuk tidur sepanjang pengambaran Munafik 2 berlangsung.
Melalui salah satu entri di Instagram (IG) miliknya, dia turut berkongsi pengalaman menarik termasuk tidur sepanjang pengambaran Munafik 2 berlangsung.
"Siapa ingat scene ni? Masa scene ini berjalan, zara dengan hantu abang @shahidan_izwan siap tidur dekat set hahaha. Pengalaman yang best dan zara tidak akan lupakan," tulisnya.
Perkongsian itu turut menarik perhatian peminat kerana scene itu menyeramkan sesiapa yang menonton.