KUALA LUMPUR: Hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam untuk Malaysia mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskhah al-Quran di Sweden, akan disegerakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan mengadakan perbincangan.
"Selain itu, mereka juga akan bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan penyelarasan pengedaran naskhah al-Quran berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata selain sebagai tindak balas terhadap insiden itu, pengedaran naskhah al-Quran terbitan Yayasan Restu itu juga memberi peluang kepada masyarakat dunia untuk menghayati kandungan al-Quran memandangkan ia turut diterbitkan tafsirannya dalam pelbagai terjemahan bahasa.
"Apabila tafsiran dibuat dalam pelbagai bahasa, kita harap al-Quran ini bukan sekadar dibaca tetapi juga kandungannya dapat difahami dengan lebih baik...untuk itu, kita akan usahakan agar percetakan dan edarannya dapat dipercepat sebagaimana dihasratkan oleh Perdana Menteri," katanya.
Yayasan Restu terkenal dengan penghasilan mushaf al-Quran dan penerbitan berkaitan al-Quran dengan reka bentuk eksklusif.
Semalam, Anwar berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, selain Anwar menegaskan ikhtiar yang akan dilaksanakan Yayasan Restu itu ialah cara paling berfaedah untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu.
Terdahulu, Majlis Walimatul Urus Perdana yang menyaksikan 100 pasangan pengantin terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf diraikan serentak, turut dihadiri Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan mengadakan perbincangan. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Hasrat PM supaya cetak, edar satu juta al-Quran akan disegerakan - Mohd Na'im
Bagi tujuan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (Yadim) akan mengadakan perbincangan.