ANKARA: Penjualan senjata oleh 100 pengeluar terkemuka dunia mencecah AS$531 bilion pada 2020, menyaksikan pertumbuhan untuk tahun keenam berturut-turut, dengan didahului oleh Amerika Syarikat (AS) merangkumi 54 peratus.
Hasil jualan senjata dan perkhidmatan ketenteraan meningkat 1.3 peratus berbanding tahun sebelumnya, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI) berkata dalam satu laporan.
AS terus menerajui senarai apabila jualan senjata oleh 41 syarikat negara itu berjumlah AS$285 bilion, peningkatan sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun.
Sejak 2018, lima syarikat teratas dalam senarai ranking, kesemuanya berpangkalan di AS, menurut laporan itu.
Mengambil kira 13 peratus daripada jumlah itu, jualan oleh lima syarikat China meningkat 1.5 peratus kepada AS$66.8 bilion dalam tempoh yang sama.
Syarikat dari United Kingdom di kedudukan ketiga terbesar tahun lalu dengan hasil jualan mencecah AS$37.5 bilion pada 2020, meningkat 6.2 peratus berbanding 2019.
Jualan senjata syarikat Rusia pula menurun sebanyak 6.5 peratus mencecah AS$26.4 bilion tahun lepas.
Sementara itu, Aselsan syarikat tunggal industri pertahanan Turki pula menduduki tempat ke-51 dengan jualan bernilai AS$2.2 bilion pada 2020, lonjakan sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021

AS terus menerajui senarai apabila jualan senjata oleh 41 syarikat negara itu berjumlah AS$285 bilion, peningkatan sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun. - Gambar hiasan/ Reuters

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Hasil jualan senjata dunia cecah AS$531 bilion pada 2020
Penjualan senjata oleh 100 pengeluar terkemuka dunia mencecah AS$531 bilion pada 2020, menyaksikan pertumbuhan untuk tahun keenam berturut-turut, dengan didahului oleh Amerika Syarikat (AS).