Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bersetuju menetapkan hukum sebagai 'harus' untuk mengunakan kutipan umum tabung khairat masjid, bagi membantu anak kariah yang memerlukan, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil menerusi kenyataan berkata, ketetapan itu dibuat melalui perbincangan jawatankuasa itu berhubung PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April, bagi menangani wabak COVID-19.
"Harus bagi masjid-masjid di Melaka, mengeluarkan sebahagian daripada kutipan umum tabung berkenaan, untuk digunakan membantu anak kariah yang menghadapi kesempitan hidup, dalam keadaan sekarang.
"Dengan syarat kutipan itu bukan daripada tabung yang telah dikhaskan seperti wakaf masjid, pembinaan masjid, anak yatim dan sebagainya. Sumbangan yang dikeluarkan tertakluk kepada kemampuan masjid," katanya.
Sementara itu Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali dalam kenyataan berkata, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dalam mesyuarat khas COVID-19 semalam, meluluskan Bantuan Tambahan Kecemasan (Makanan) sebanyak RM100,000, bagi pemohon bukan kategori asnaf tetapi dalam kategori B40.
"Dengan peruntukan tambahan ini, jumlah keseluruhan yang diperuntukkan oleh MAIM, bagi mengurangkan beban golongan sasar itu berjumlah RM150,000.
"MAIM juga telah membuka Bilik Gerakan COVID-19 sejak 20 Mac dan sebarang pertanyaan, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi dan Facebook rasmi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 26 2020

ABDUL HALIM: Masjid boleh mengeluarkan sebahagian kutipan umum tabung berkenaan untuk digunakan membantu anak kariah yang menghadapi kesempitan hidup dalam keadaan sekarang. - Foto Facebook

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka
Ia adalah sebagai langkah pengawalan dalam memastikan penceramah yang datang tidak membawa elemen perpecahan dan khilafiah.

Umat Islam di Melaka boleh semak arah kiblat Rabu ini - Mufti
Umat Islam di Melaka boleh membuat semakan arah kiblat di rumah, surau dan pejabat, Rabu ini, apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah.

PKPB: Solat Jumaat di Melaka bermula 29 Mei, tiada solat Aidilfitri di masjid - Mufti
Hanya 40 jemaah dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat, namun jumlah tersebut tertakluk kepada perkembangan semasa dan pertimbangan daripada Majlis Keselamatan Negara.

Harus guna tabung khairat masjid bantu kariah memerlukan - Fatwa Melaka
Ketetapan itu dibuat melalui perbincangan jawatankuasa itu berhubung PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April, bagi menangani wabak COVID-19.

Campur tangan asing rosakkan perpaduan, keamanan negara - Mufti
Mereka senada berpendapat, campur tangan luar seperti tindakan sivil DoJ berkaitan 1MDB bukan sahaja merugikan negara malah langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya memusnahkan keharmonian.

Melaka gesa penganjur batalkan Perhimpunan Jubli Jerusalem
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, tidak ada sebarang kelulusan diberikan kepada penganjur perhimpunan itu dan ia dianggap melanggar peraturan sekiranya diadakan.