Campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Malaysia bakal merosakkan perpaduan dan keamanan negara seperti yang telah berlaku di negara-negara Arab sebelum ini, menurut kalangan mufti tempatan hari ini.
Mereka senada berpendapat, campur tangan luar seperti tindakan sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan sahaja merugikan negara malah langsung tidak membawa kebaikan sebaliknya memusnahkan keharmonian yang telah dipupuk selama ini.
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik adalah "tali barut' kerana mempunyai niat jahat untuk memutuskan perpaduan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat negara ini.
"Adalah pelik dan langsung tidak boleh diterima apabila ada pihak mengajak orang luar merosakkan negara. Ini tali barut, penjajah dan penceroboh negara seperti berlaku sebelum zaman kemerdekaan dahulu.
"Mana mungkin dalam sebuah rumahtangga, kita minta orang lain putuskan hubungan suami isteri, porak-perandakan hubungan ahli keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Beliau mengulas surat terbuka Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ditujukan kepada semua parti politik hari ini, yang membantah campur tangan asing dalam urusan dalaman negara termasuklah 1MDB.
Antara lain, Abdul Hadi berkata sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam urusan dalaman negara hanya akan membawa kerugian.
Abdul Rahman berkata malah dalam agama Islam sendiri, orang Islam dituntut untuk membantu dalam membuat kebaikan dan bukannya membantu dalam membuat dosa dan pada masa yang sama mewujudkan persengketaan serta permusuhan.
Dalam pada itu, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berpendapat kenyataan Abdul Hadi adalah wajar memandangkan tanggungjawab memelihara kedaulatan, keamanan dan kestabilan negara terletak di bahu rakyatnya.
Jelasnya, sistem pentadbiran negara kini sudah cukup kuat untuk memelihara kepentingan Malaysia, justeru tidak memerlukan campur tangan pihak asing.
"Saya juga meminta kepada mana-mana pihak tidak menyebarluaskan...sebab hari ini media asing mengambil kesempatan bila ada perkara-perkara yang melibatkan kepentingan kita dan diperbesarkan di luar negara, sudah pasti banyak pihak akan mengambil kesempatan atas perkara-perkara yang tidak jelas ini," tegasnya.
Abdul Halim juga berkata parti-parti politik serta rakyat Malaysia perlu mengamalkan konsep 'tabayyun' iaitu memeriksa, menganalisis dan mengkaji sesuatu perkara yang berlaku, sebelum memutuskan untuk mengambil tindakan seterusnya.
DoJ memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.
Sementara itu, Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria membidas pihak yang tidak bertanggungjawab meminta bantuan asing dalam isu 1MDB dan menggelar mereka sebagai 'tidak bermaruah' dan 'tidak patriotik' terhadap negara.
Beliau berkata semua pihak harus mengambil iktibar daripada konflik yang berlaku di rantau lain, kerana menurutnya, beliau bimbang campur tangan asing sebegini akan memberi kemudaratan kepada negara, sama seperti yang berlaku kepada negara lain.
Tindakan yang berbahaya itu harus dihentikan kerana ia tidak menguntungkan sesiapa, katanya.
Harussani berkata pihak yang mengheret pihak asing untuk mencampuri isu dalaman Malaysia mempunyai agenda dan kepentingan peribadi dan menasihati orang ramai tidak terpedaya dengan lakonan mereka.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata dalam menangani pertembungan pendapat berkaitan isu 1MDB, ia sepatutnya diselesaikan di peringkat dalaman atau dalam negara itu sendiri.
"Kami yakin wujud titik persamaan antara pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju. Isu seperti ini, sewajibnya diselesaikan di peringkat dalaman atau dalam negara itu sendiri,” katanya.
Zulkifli berkata tuduhan umum tanpa fakta yang jelas adalah bercanggah dengan kaedah Islam.
"Kita sama-sama berganding bahu dan berada dalam satu saf untuk mempertahankan negara kerana sifat kasihkan negara adalah lambang keimanan seseorang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2017

Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil berkata sistem pentadbiran negara kini sudah cukup kuat untuk memelihara kepentingan Malaysia, justeru tidak memerlukan campur tangan pihak asing. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.