Jelasnya, sambutan ini pastinya amat bermakna kepada rakyat Sarawak kerana pada tarikh ini, 58 tahun lalu, Negeri Bumi Kenyalang itu mula ditadbir oleh anak tempatan.
"Saya yakin Hari Sarawak akan tetap diraikan dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri biarpun tanpa aktiviti bersemuka dan berkumpul ekoran pandemik COVID-19," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Beliau turut menyampaikan ucapan 'Sarawak Gemilang Untuk Semua'.
Sumber Facebook ts.muhyiddin
Hari Sarawak disambut setiap 22 Julai bagi memperingati peristiwa bersejarah penyerahan kuasa pentadbiran kepada anak watan Sarawak oleh penjajah British pada 1963.