KUALA LUMPUR: Suasana hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi 401,105 pelajar di seluruh negara hari ini berjalan lancar kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Jidin.
Menurut Mohd Radzi, pentadbiran kesemua sekolah juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan norma baharu dalam suasana negara masih dibelenggu oleh masalah pandemik COVID-19.
"Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) di mana calon menjawab kertas peperiksaan Bahasa Melayu (Kertas 1). Peperiksaan SPM pada tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya," kata Mohd Radzi dalam hantaran di Facebook peribadinya.
Mohd Radzi juga memaklumkan, beliau bersama-sama dengan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan turut melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian pada pagi Isnin bagi meninjau perjalanan hari pertama peperiksaan SPM.
"Keadaan teratur dan peperiksaan berjalan dengan lancar," kata beliau lagi.
Dalam hantaran yang sama, Mohd Radzi turut mendoakan yang terbaik kepada kesemua pelajar yang menduduk peperiksaan SPM dan SVM 2020.
Hari pertama peperiksaan SPM dan SVM di seluruh negara dimulakan dengan peperiksaan subjek Bahasa Melayu (Kertas 1) pukul 8 pagi manakala pada sesi petang pula untuk Bahasa Melayu (Kertas 2).
Sebanyak 3,310 pusat peperiksaan SPM mengikuti garis panduan dan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
BACA: SPM 2020: 401,105 calon mula duduki peperiksaan dalam norma baharu
Fareez Azman
Mon Feb 22 2021
Suasana dalam dewan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian pada Isnin. - Gambar Facebook RADZI JIDIN
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.
Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji
Calon SPM2024 yang terjejas akibat banjir dibenarkan untuk tinggal di asrama sehingga keadaan pulih bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini hingga Februari depan.
Banjir: Tiada yang tercicir, semua calon SPM terjejas akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Calon SPM yang terjejas banjir dibenarkan memakai pakaian bersesuaian dan kelengkapan peperiksaan akan disediakan oleh JPN.
Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Pengambilan khas isi jawatan guru di Sarawak dijangka selesai akhir tahun
Penempatan guru menerusi pengambilan khas untuk Sarawak oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dijangka diselesaikan sebelum akhir tahun ini.