Tanggal 31 Julai setiap tahun sempena tamatnya darurat menentang komunis pada tahun 1960 telah dijadikan Hari Pahlawan.
Pada hari ini juga, Hari Pahlawan disambut buat kali ke 55 di Dataran Merdeka demi memperingati hasil keringat dan darah para pahlawan yang mempertaruhkan nyawa untuk kedaulatan Negara.
Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah mencemar duli menyaksikan istiadat sambutan Hari Pahlawan 2015 ini.
Sekitar jam 8 pagi pada Jumaat, sambutan dimulakan dengan Seri Paduka Baginda membuat pemeriksaan perbarisan kawalan kehormatan utama.
Seterusnya, deklamasi sajak dan persembahan pentomin oleh 200 anggota polis mengenai sejarah pejuang-pejuang negara di dalam peristiwa serangan Balai Polis Kuala Krau Temerloh.
Istimewanya, enam orang bekas komando yang terlibat di dalam serangan tersebut turut menghadiri sambutan pahlawan tahun ini.
Hadir sama adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Antara tetamu lain yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan panglima-panglima perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan tentera dan polis.
Azyyati Ahmad
Fri Jul 31 2015
Persembahan pentomin oleh 200 anggota polis mengenai sejarah pejuang-pejuang negara di dalam peristiwa serangan Balai Polis Kuala Krau Temerloh. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Upacara Hari Pahlawan kembali ke Tugu Negara
Lebih 300 orang berkumpul di Tugu Negara pagi Ahad meskipun hujan lebat untuk memperingati Hari Pahlawan, menandakan kembalinya acara itu ke monumen kebangsaan selepas dua tahun.
Sultan Nazrin berangkat ke sambutan Hari Pahlawan 2024 Negeri Perak
Majlis dimulakan dengan dendangan lagu kebesaran negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormatan utama oleh Sultan Nazrin.
Pantomim 'Op Subuh': Daripada kajian watak kepada persembahan penuh emosi
Op Subuh berkisar insiden pertempuran antara pasukan keselamatan dan sekumpulan individu yang menggelar diri mereka Al-Maunah di Bukit Jenalik, Sauk.
Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara
Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan 2023 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Hari Pahlawan: Sambutan meriah, persembahan pantomim menyentuh jiwa
Acara dimulakan dengan lagu Negaraku diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan oleh anggota ATM.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Pahlawan kepada ATM, PDRM
Seri Paduka berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para perwira ATM dan PDRM.
Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.
Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara - PM
PM ingatkan rakyat tentang perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan barisan pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
Hari Pahlawan: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada warga ATM, PDRM
Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh keluarga para pahlawan dan perwira yang telah terkorban semasa bertugas dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.