KEPALA BATAS: Hari Kebajikan Haiwan yang dianjurkan setiap tahun berjaya memberi impak positif dengan meningkatkan dan memupuk kesedaran masyarakat dalam menjaga kebajikan haiwan di negara ini.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Dr Akma Ngah Hamid berkata ia dapat dilihat daripada kesedaran orang ramai yang mula membuat aduan berhubung penderaan haiwan supaya tindakan dapat diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau memaklumkan pihaknya menerima peningkatan aduan berhubung penderaan haiwan dengan 1,249 kes diterima pada 2021, seterusnya meningkat kepada 1,580 kes pada 2022, 2,622 kes (2023) dan 2,162 kes pada enam bulan pertama tahun ini.
"Masyarakat mula sedar bahawa kebajikan haiwan adalah serius.
"Ini menunjukkan ada impak daripada Hari Kebajikan Haiwan, promosi kesedaran dan undang-undang ketat yang kita laksanakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kebajikan Haiwan Tahun 2024 di Kampung Agong, Penaga di sini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang Fahmi Zainol.
Akma berkata anjuran Hari Kebajikan Haiwan itu juga mendapat sokongan badan bukan kerajaan (NGO) yang turut sama menjalankan kempen dan promosi kebajikan serta keprihatinan terhadap haiwan.
Mengenai Hari Kebajikan Haiwan 2024, beliau berkata buat julung kalinya, sambutan tersebut diadakan di luar ibu pejabat iaitu Pulau Pinang dan tahun ini dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DSV) dengan kerjasama DSV Pulau Pinang, Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia, Murni Ekspo dan Kampung Agong.
Beliau berkata Hari Kebajikan Haiwan diadakan bertujuan mempromosikan kebajikan haiwan seterusnya meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung pemilikan bertanggungjawab, ehsan, kasih sayang dan keprihatinan terhadap haiwan.
Antara aktiviti menarik sempena Hari Kebajikan Haiwan 2024 ialah Animal Welfare Fun Run, reruai pameran kebajikan haiwan di Pet Ekspo Pulau Pinang, Animal Welfare Fun Game dan pertandingan mewarna.
Selain itu, menjelang Hari Kebajikan Haiwan Tahun 2024, turut diadakan pengisian seperti pertandingan pidato sekolah menengah, pertandingan melukis doodle dan mewarna secara dalam talian dan pertandingan fotografi peringkat pelajar universiti.
Sementara itu, DSV dengan kerjasama Murni Expo pula akan menganjurkan Pet Ekspo pada 27 hingga 28 Julai ini di Spice Arena, Bayan Baru dekat sini.
Akma berkata DSV juga sentiasa komited melaksanakan hebahan dan inisiatif kepada orang awam dalam memupuk serta meningkatkan kesedaran berkaitan kebajikan haiwan di negara ini.
Beliau berkata DSV turut menasihati individu atau persatuan berkaitan haiwan untuk menyalurkan terus aduan berhubung kebajikan haiwan kepada pihaknya melalui pautan sistem dalam talian awa.dsv.gov.my (MyAnimalwelfare).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 25 2024

Dr Akma (tengah) bersama Fahmi melakukan gimik perasmin Sambutan Hari Kebajikan Haiwan Tahun 2024 di Kampung Agong pada Khamis. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.

Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.

Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.

Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.

Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort.

Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.

Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.

Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."