SIBU: Perayaan Hari Gawai yang disambut bermula 1 Jun setiap tahun oleh masyarakat Dayak di Sarawak merupakan platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum dan agama bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan makmur.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perayaan tersebut bukan saja disambut oleh masyarakat Dayak malah turut diraikan bersama oleh semua masyarakat sama seperti perayaan Tahun Baru Cina dan Aidilfitri.
"Hari Gawai bukan hanya terhad untuk masyarakat Dayak semata-mata tetapi seperti yang kita dapat saksikan malam ini dan dalam banyak kesempatan lain seperti ini, kita sentiasa bersama semua masyarakat tanpa mengira perbezaan sama ada agama atau bangsa.
"Begitu juga Tahun Baru Cina, ia tidak lagi hanya disambut masyarakat Cina tetapi masyarakat Dayak pun menanti ketibaan Tahun Baru Cina sama juga dengan Aidilfitri," katanya pada majlis Malam Pra-Gawai Dayak Sibu 2024 di sini malam tadi.
Majlis tersebut dianjurkan bersama Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Sibu, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA) Sibu dan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu.
Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng, bekas Ahli Dewan Negara Robert Lau Hui Yew, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew dan Naib Presiden Kanan Parti Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Wong Soon Koh.
Nanta berkata walaupun apa saja anutan agama sememangnya semua masyarakat mempunyai mesej serta objektif yang sama ingin dicapai.
Beliau berkata begitu juga dalam arena politik, pemimpin-pemimpin politik daripada parti-parti politik berlainan dan fahaman berbeza serta kadang-kadang bersaing semasa pilihan raya tetapi apabila tiba perayaan Gawai Dayak mereka boleh duduk bersama.
"Kita mampu menjadi satu. Ini adalah keindahan Malaysia. Di tengah-tengah apa yang berlaku di seluruh dunia, kita boleh belajar daripada apa yang berlaku di tempat lain, jadi kita boleh hidup bersama sebagai rakyat Malaysia dengan lebih baik dan berjaya," katanya sambil menyeru supaya masyarakat menghormati antara satu sama lain bagi membolehkan mereka mengecapi kemakmuran bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Alexander (sembilan, kiri) pada Malam Pra-Gawai Dayak Sibu 2024 di sini malam tadi. - Gambar/ Alexander Nanta Linggi
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
325 penghuni sayu rumah panjang musnah terbakar di hari kedua Gawai
Kebakaran meranapkan kegembiraan sambutan perayaan Hari Gawai bagi 325 penghuni sebuah rumah panjang di Nanga Sigu, Pandan, Sebauh, kira-kira 147 kilometer dari sini, awal hari ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jemaah menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masya
Hari Gawai platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum, agama - Alexander
Perayaan Hari Gawai yang disambut bermula 1 Jun setiap tahun oleh masyarakat Dayak di Sarawak merupakan platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Bekalan beras Sabah, Sarawak cukup menjelang Kaamatan dan Gawai - Arthur
Jumlah stok sedia ada mencukupi bagi menampung keperluan beras di kedua-dua negeri itu serta Semenanjung bagi tempoh hingga lima bulan.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
TPM Zahid 'ngabang' Gawai di Kuching, Kapit
Pagi ini, Ahmad Zahid dijadual mengadakan pertemuan dengan Abang Johari di kediamannya di Petra Jaya sebelum berangkat ke Sibu.
Tragedi menjelang Gawai: Jasad remaja mangsa bot karam ditemui
Operasi mencari dan menyelamat pada Khamis telah membawa kepada penemuan jasad remaja malang tersebut.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Gawai
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Gawai kepada semua yang meraikan perayaan itu.