KUALA LUMPUR: Sempena meraikan Hari Bumi yang disambut 26 Mac setiap tahun, Kelab Belia Prihatin mengadakan aktiviti menanam tumbuhan dalam pasu yang melibatkan kumpulan belia dari sekitar Lembah Klang berusia seawal umur 17 tahun.
Ketua Belia Prihatin Parlimen Hulu Langat, Tengku Ameyra Hashim berkata aktiviti dan inisiatif memupuk masyarakat menyayangi alam sekitar, flora dan fauna dalam situasi santai perlu bermula dari rumah terutamanya bersama ahli keluarga.
"Pendekatan sebegini penting bagi memastikan anak-anak kecil juga mempunyai kesedaran sivik sekali gus menyediakan aktiviti yang seronok untuk dilakukan bersama-sama ibu bapa.
"Semua tenaga dan usaha yang dilakukan oleh anggota masyarakat pastinya memainkan peranan dan memberi impak bagi memastikan agenda Malaysia Hijau dapat dijalankan tanpa mengira jumlah pokok atau jam masa," katanya.
Program ini memberi pendedahan berkenaan fungsi tumbuhan dalam rumah yang boleh bertindak sebagai pembersih udara alami dengan kadar jagaan yang minima.
Kelab Belia Prihatin juga sedang menumpukan usaha dalam agenda hijau terutamanya dalam kalangan belia di seluruh Malaysia melalui Kempen Penanaman Pokok di Seluruh Malaysia.
Sehingga kini, mereka telahpun menanam hampir 500 pokok termasuk yang terbaharu di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.
Kempen yang turut dikenali sebagai We Be-Leaf Together ini juga selari dengan inisiatif kerajaan yang menyasarkan penanaman 100 juta pokok baru menjelang 2025.
Kenyataan Media
Sat Mar 26 2022

Aktiviti dan inisiatif memupuk masyarakat menyayangi alam sekitar, flora dan fauna dalam situasi santai perlu bermula dari rumah terutamanya bersama ahli keluarga.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pulau Pinang terima pengiktirafan MBOR tanam sejuta pokok dalam sehari
Pulau Pinang mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Penanaman Satu Juta Pokok Dalam Sehari Sempena Hari Bumi hari ini.

Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.

Hari Bumi: Pemimpin dunia komited kurangkan gas hijau
Komitmen itu dinyatakan ketika Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, yang dihoskan Presiden Joe Biden.

Hari Bumi 2021: Tolak kebergantungan kepada beg plastik
Ia bukan sekadar untuk menyelamatkan bumi tetapi merupakan langkah penjimatan yang paling bijak.

P. Pinang sasar tanam 200,000 pokok baharu menjelang 2023
Untuk jangka masa panjang, Pulau Pinang telah meletakkan sasaran 500,000 anak pokok baharu yang akan ditanam menjelang 2030.

Hari Bumi 2021: Pelihara bumi komitmen semua
WWF Malaysia yakin dalam usaha memulihkan bumi, tiada yang mustahil sekiranya komitmen tersebut dapat dijalankan dengan betul.

Usaha kitar semula, perlindungan persekitaran terjejas akibat COVID-19
Serangan COVID-19 dan penguatkuasaan PKP telah merencatkan usaha perlindungan alam sekitar serta industri kitar semula negara.

Hari Bumi 2020 perlu sedarkan kita semua, lebih menghargai alam semula jadi
Penangguhan COP26, ataupun Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 2020 jelas merupakan tindakan rasional tatkala dunia sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Malaysia tidak akan jadi negara maju jika sungai, udara tercemar - Tun M
Dr Mahathir berkata masalah itu disebabkan pembangunan tidak teratur dan sikap mementingkan keuntungan semata-mata.

Hari Bumi: Terbitkan lebih banyak buku mengenai herba - Zaleha Ismail
Sempena Hari Bumi, Penaung Human and Nature Development Society (HANDS) Tan Sri Zaleha Ismail menggalak orang ramai untuk tanam herba sendiri kerana ia mempunyai pelbagai khasiat.