KUALA LUMPUR: Isu tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang didakwa terlalu mahal dibangkitkan di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Perkara itu disuarakan Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni dalam soalannya kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong yang ingin tahu mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan harga tiket penerbangan dari Sarawak ke Semenanjung dan Sabah yang sangat mahal ketika pandemik COVID-19 dan mengenai langkah pemulihan bagi perkara itu.
Menjawab soalan berkenaan, Henry menjelaskan harga tiket penerbangan domestik bagi laluan ke Sabah dan Sarawak akan kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa.
Tambahnya harga tiket penerbangan yang tinggi itu adalah kesan daripada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh kerajaan Sarawak sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan negeri itu menangani penularan wabak COVID-19.
"Pada ketika itu, kekerapan penerbangan ke Sarawak berkurangan sebanyak 94 peratus berbanding semasa tempoh sebelum COVID-19 manakala bagi penerbangan antara Semenanjung dan Sabah, kekerapan penerbangan berkurangan sebanyak 89 peratus berbanding semasa tempoh sebelum COVID-19,” katanya di Dewan Rakyat pagi ini.
Jelasnya lagi, kerajaan melalui Suruhajaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik termasuk laluan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
"Pemantauan MAVCOM antara 26 Sept hingga 2 Okt untuk perjalanan selepas 8 Okt mendapati penerbangan Kuala Lumpur ke Kuching merekodkan harga tiket yang lebih rendah iaitu antara 29 peratus sehingga 74 peratus berbanding harga tiket pada 2019.
"Laluan lain seperti Kuala Lumpur ke Miri dan Kuala Lumpur ke Sibu masih merekodkan harga yang tinggi iaitu antara RM530 hingga RM1600 untuk sehala manakala bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, harga tiket lebih tinggi antara lapan peratus hingga 163 peratus direkodkan berbanding harga tiket pada 2019,"ujarnya.
Astro Awani
Mon Oct 11 2021
Henry Sum Agong menjelaskan harga tiket penerbangan domestik bagi laluan ke Sabah dan Sarawak akan kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa. - fotoBERNAMA
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
Bunuh dan bakar wanita, New York mohon penjara seumur hidup terhadap pesalah
Menurut Peguam Daerah Brooklyn, Eric Gonzalez, ini kerana berdasarkan undang-undang New York, pesalah tidak akan dihukum mati jika membunuh, sebaliknya akan dikenakan hukuman maksimum iaitu penjara seumur hidup
Tiket KL-Tawau sempena Aidilfitri terlalu mahal - Ka Siong
Menurutnya, tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Tawau untuk kelas ekonomi menjelang Aidilfitri ini menjangkau RM3,138.
Kata putus harga tiket penerbangan musim perayaan dicapai - Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutanberkata kata putus itu dicapai dalam mesyuarat kira-kira 72 jam sejak Khamis dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Harga tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak mahal, ini reaksi Timbalan Menteri
Henry Sum Agong menjelaskan harga tiket penerbangan domestik bagi laluan ke Sabah dan Sarawak akan kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa.