KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga sayur dikatakan meningkat hingga 200 peratus tidak berlaku seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Selasa lepas.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata hasil siasatan pegawai penguat kuasa kementerian turut mendapati persatuan itu tidak dapat menentukan lokasi berlaku kenaikan harga itu.
"(Mengenai) harga sayur yang dikatakan hingga 200 peratus kenaikan, tetapi hasil siasatan kita mendapati bahawa bila kita tanya di mana ia berlaku, tidak ada.
"...bila pegawai penguat kuasa kita ke lapangan untuk melihat dan meninjau apa yang dimaklumkan, jadi bila tanya CAP mereka tidak boleh tentukan di mana, cuma mereka kata hanya cakap-cakap," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun Rosol berkata kajian daripada pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNHEP mendapati memang berlaku kenaikan harga sayur tetapi tidak setinggi didakwa.
Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen ketika sesi perbahasan membangkitkan isu mengenai kenaikan harga barang seperti sayur dan roti yang dikatakan begitu tinggi sehingga memberi kesan kepada rakyat.
Sehubungan itu, Rosol menyeru rakyat supaya memaklumkan kepada saluran KPDNHEP seperti di portal e-Aduan sekiranya mendapati berlaku kenaikan harga barang yang mendadak supaya pegawai penguat kuasa dapat memantau dan mengambil tindakan secepat mungkin.
Mengenai isu kenaikan harga roti oleh syarikat pengeluar roti terkemuka negara pada 1 Dis ini, beliau berkata kementerian akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti perkara itu.
"... sehingga hari ini, ia (syarikat pengeluar roti itu) tidak memaklumkan kepada kementerian untuk menaikkan harga (roti)," katanya.
Seramai 17 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, pembangkang dan Bebas mengambil bahagian dalam sesi perbahasan itu.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM1,094,676,700 yang diperuntuk kepada KPDNHEP dalam Bajet 2022 dengan lebih suara menyokong.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Rosol berkata hasil siasatan pegawai penguat kuasa kementerian mendapati persatuan itu tidak dapat menentukan lokasi berlaku kenaikan harga sayur itu. - Gambar hiasan/ Astro AWANI/ Hamzah Hamid
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerajaan pastikan harga sayur 'popular' munasabah menjelang Deepavali - Armizan
Armizan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mengelakkan potensi kenaikan harga barangan itu.
KPDN belum terima laporan harga sayur susulan banjir - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) belum menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga sayur-sayuran susulan kemungkinan bekalan terjejas akibat banjir.
Harga sayur di Melaka meningkat 10 hingga 20 peratus
KPDN Melaka mengesahkan berlaku kenaikan harga sayur antara 10 hingga 20 peratus di negeri itu ekoran hujan.
Sayur di P.Pinang lebih murah ketika Ramadan berbanding Mac, Februari
KPDNHEP Pulau Pinang menafikan beberapa harga sayur meningkat ketika Ramadan ini seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
FAMA jangka harga sayur-sayuran stabil satu hingga dua bulan lagi
Harga sayur-sayuran dijangka stabil dalam tempoh satu hingga dua bulan lagi berikutan pelbagai usaha yang dijalankan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Harga barangan keperluan harian dijangka stabil menjelang Januari
KPDNHEP menjangkakan harga barangan keperluan harian, akan kembali stabil sepenuhnya menjelang bulan Januari depan.
MAFI jamin harga barang keperluan asas kembali pulih dalam tempoh terdekat
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan harga barangan keperluan asas akan kembali pulih dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.
Kenaikan harga bekalan dipercayai berpunca daripada orang tengah - Exco Melaka
Kenaikan harga bekalan makanan seperti sayur-sayuran dan ayam di Melaka dipercayai berpunca daripada orang tengah yang membekalkan barangan berkenaan kepada peniaga pada harga tinggi.
Kenaikan harga sayur sehingga 100 peratus, namun dijangka bersifat sementara - KPDNHEP P. Pinang
KPDNHEP Pulau Pinang mengesan kenaikan harga sayuran sehingga seratus peratus pada minggu kelima November.
Harga sayur naik 200 peratus tidak berlaku - KPDNHEP
Hasil siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapati harga sayur dikatakan meningkat hingga 200 peratus tidak berlaku.