BATU PAHAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) belum menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga sayur-sayuran susulan kemungkinan bekalan terjejas akibat banjir.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata selepas musim tengkujuh yang lepas, harga sayur-sayuran telah turun secara mendadak.
Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya telah bersedia berdasarkan hujan luar jangka di Johor, yang berkemungkinan menjejaskan bekalan.
"Bila berlakunya tengkujuh dan berlakunya hujan lebat luar jangka ini, pastinya banyak kebun-kebun sayur-sayuran yang musnah.
"Jadi KDPN bersedia menghadapinya dan kita akan adakan perbincangan, secepat mungkin dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) untuk kita atasi isu ini," kata beliau kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Pekan Parit Yaani, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada menerima laporan berhubung kenaikan harga sayur-sayuran, susulan kekurangan bekalan akibat banjir.
Hujan yang berterusan sejak Isnin, telah mengakibatkan ramai pekebun kecil terjejas teruk akibat banjir yang melanda bermula Selasa.
Sementara itu, Salahuddin berkata Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menggantikan semula Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan, kepada pemilik perniagaan yang musnah akibat banjir secara percuma.
Beliau berkata peniaga yang kehilangan atau musnah sijil tersebut dalam kejadian banjir seluruh negara, boleh terus datang ke Pejabat KPDN terdekat untuk tujuan itu.
Ahli Parlimen Pulai itu berkata ia sebagai sebahagian inisiatif dan usaha kerajaan, untuk membantu mangsa banjir dalam kalangan peniaga.
Untuk bantuan kepada mangsa banjir pula, Salahuddin berkata KPDN ada memohon bantuan rakan strategik seperti Mydin, Econsave, Lazada, Shopee dan beberapa pemain industri yang lain, untuk turut sama membantu meringankan beban mangsa banjir pada kali ini.
"Alhamdulilah, pemain industri dan rakan-rakan strategik telah dengan segera menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan, selimut, bantal, yang diperlukan di saat musim sejuk semasa banjir," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
Salahuddin (kiri) bertanya khabar kepada salah seorang manga banjir di PPS Dewan Orang Ramai Parit Yaani pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
PM santuni diaspora Malaysia di Korea, tekankan mesej perpaduan
Perdana Menteri menegaskan kemestian bagi rakyat Malaysia mengekalkan keterbukaan dan keamanaan berdasarkan prinsip kepelbagaian dalam aspek hubungan sesama rakyat.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan dibuat Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
[TERKINI] Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.
Pemandu mabuk rempuh suami isteri hingga maut didakwa esok
Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang pada 16 Nov lepas akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.