KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik dua sen seliter kepada RM3.08 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Nov, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.
MOF dalam kenyataan memaklumkan harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel kekal RM2.15 seliter dalam tempoh sama.
"Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan," katanya.
Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Kenyataan itu memaklumkan kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel kekal RM2.15 seliter. - Gambar hiasan
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Ringgit ditutup rendah, dipengaruhi kemungkinan penurunan kecil kadar faedah AS
Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup rendah pada Selasa berikutan penurunan ketara harga minyak mentah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dipengaruhi oleh momentum penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan penanda aras harga minyak mentah.
Ringgit dibuka mengukuh susulan kenaikan harga minyak
Pada 8 pagi, ringgit meningkat ke paras 4.2590/2865 berbanding dolar AS daripada 4.2810/2880 yang dicatatkan semalam.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur sejajar dengan pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran serantau, kata peniaga.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur, menjejaki pasaran niaga hadapan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis mencerminkan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Okt ini.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi, menjejaki trend dalam pasaran hadapan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin berikutan aliran peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.