KUALA LUMPUR: Harga perlindungan takaful atau insurans untuk bencana banjir tidak akan meningkat, malahan tetap terkawal sekiranya ramai yang membeli polisi tersebut untuk melindungi kediaman dan kenderaan.
Menurut Lembaga Pengarah Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Zainudin Ishak, ketika ini sambutan terhadap perlindungan takaful atau insurans bagi bencana itu sangat rendah kerana masyarakat kurang kesedaran dan tidak memberi penekanan terhadap keperluan memiliki perlindungan itu.
"Lebih ramai menyertai perlindungan takaful atau insurans akan menyebabkan harga lebih murah berikutan persaingan syarikat-syarikat insurans untuk menyediakan perkhidmatan dan menawarkan pakej produk yang menarik," katanya pada sesi webinar bertajuk 'Kepentingan Insurans/Takaful Banjir,' anjuran bersama antara Jaringan Pendidikan Kewangan, PIAM dan Persatuan Takaful Malaysia, hari ini.
Beliau berkata fenomena banjir bukanlah sesuatu yang baharu, malah menurut kajian, ia akan kembali berlaku disebabkan perubahan cuaca, kepanasan global dan kesesakan pembangunan infrastruktur.
"Jadi, kita perlu mengetahui betapa pentingnya perlindungan takaful atau insurans banjir tidak kira di mana kita tinggal, sama ada tinggi atau rendah kerana kesan terhadap harta benda serta kerugian pasca banjir tidak dapat dijangka.
"Mungkin jika kita tinggal di kawasan lebih tinggi, kebarangkalian paras air naik tidak menjejaskan kita, namun, harta benda lain seperti kereta, motosikal, kita tidak tahu," katanya.
Selain itu, masyarakat juga perlu sedar kerajaan berdepan kekangan untuk memberi bantuan akibat banjir kerana ramai mangsa memerlukan perhatian dan sokongan, kata Zainudin yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Reinsurance Bhd.
"Kerugian harta benda akibat bencana bukanlah sedikit, malah mencecah berbilion ringgit.
"Semasa banjir tahun lepas, kos pembaikan kenderaan akibat banjir berdasarkan anggaran pihak industri insurans adalah RM1.3 bilion, dan daripada jumlah ini, kurang daripada lima peratus mangsa mengambil polisi perlindungan banjir.
"Jadi, kalau kita tidak mempunyai perlindungan, tiada peluang untuk buat tuntutan. Semua kos perlu ditanggung sendiri. Lebih baik kita ambil peluang ini untuk menyediakan perlindungan demi jaminan kita pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Harga perlindungan takaful atau insurans untuk bencana banjir tidak akan meningkat, malahan tetap terkawal sekiranya ramai yang membeli polisi tersebut untuk melindungi kediaman dan kenderaan. - Gambar fail/BERNAMA
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Harga perlindungan takaful, insurans banjir tidak akan meningkat - PIAM
Harga perlindungan takaful atau insurans untuk bencana banjir tidak akan meningkat, malahan tetap terkawal sekiranya ramai yang membeli polisi tersebut untuk melindungi kediaman dan kenderaan.