PUTRAJAYA: Harga Internet dijangka lebih murah menjelang September ini apabila Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) diguna pakai, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Bil7/2023 di sini hari ini, beliau berkata penggunaan MSAP akan menyaksikan harga borong Internet dikurangkan dan menjadi lebih murah.
"Jadi InsyaAllah menjelang bulan Sept, harga Internet jadi lebih murah... kalau sebelum ini murah, tetapi kali ini (jadi) lebih murah," katanya.
Pada 11 Julai lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata pengurangan harga runcit bagi perkhidmatan jalur lebar tetap berdasarkan MSAP hanya boleh dilaksanakan selepas perjanjian akses dimeterai antara pembekal perkhidmatan.
MCMC berkata buat masa ini, kebanyakan pembekal akses telah atau sedang dalam proses penerbitan Tawaran Akses Rujukan (RAO).
Kerajaan telah melancarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap pada Februari lepas yang bertujuan membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya dan warga tua. Pakej ini disertai dengan kontrak langganan selama 24 bulan dan berharga RM69 sebulan, menyediakan kelajuan Internet sehingga 30Mbps dengan data tanpa had.
Fahmi berkata dasar baharu "di mana ada jalan, di situ ada Internet" akan diperkenalkan bagi memastikan masyarakat mendapatkan akses Internet dengan lebih meluas.
Beliau berkata dasar berkenaan, yang akan diusahakan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersama pihak seperti syarikat telekomunikasi gergasi, akan dimulakan di kawasan jalan raya termasuk jalan utama.
"Kita semua mesti usaha segera, realitinya kita boleh bercakap, berkompang dan rasa bermegah dengan adanya 5G tetapi rakyat masih dambakan akses asas 4G di mana sahaja mereka berada," katanya serta menambah bahawa Internet adalah perkara asas yang penting seperti air dan elektrik.
Fahmi turut memuji kesediaan dan komitmen beberapa syarikat telekomunikasi yang bersetuju menandatangani perjanjian akses untuk pelaksanaan 5G, selain bekerjasama dalam pelaksanaan Pakej Perpaduan yang kini dikenali sebagai Pakej RAHMAH untuk kurangkan kos kepada pengguna.
Pada 21 Julai lepas, Fahmi berkata Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia berjaya mencapai persetujuan, berkaitan penyertaan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan perjanjian akses 5G bersama DNB.
Beliau berkata CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications, akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Pada 21 Julai lepas, Fahmi berkata Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia berjaya mencapai persetujuan, berkaitan penyertaan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) dan perjanjian akses 5G bersama DNB. - Gambar fail
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Genap dua tahun pimpin kerajaan MADANI, PM Anwar fokus teruskan agenda negara - Fahmi
Perdana Menteri akan meneruskan agenda kerja dengan lawatan rasmi ke Korea Selatan pada 24 Nov ini.
Fahmi mahu rombakan Fasa 2 JENDELA, semak semula proses penetapan lokasi
Beliau berkata proses penetapan lokasi menara telekomunikasi perlu dikaji semula susulan pelbagai isu berkaitan ketidaksiapan menara dan kelewatan penyediaan kesalinghubungan.
Fahmi sedia dengar pandangan pengamal media cadangan pindaan Akta Mesin Cetak
Menteri Komunikasi sedia mendengar pandangan daripada pengamal media berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
Kerajaan tak tutup platform media sosial yang gagal dapat lesen - Fahmi Fadzil
Pelesenan itu tidak terpakai kepada individu, sebaliknya hanya kepada penyedia platform seperti Facebook, Whatsapp, serta Instagram.
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Fahmi ucap takziah kepada keluarga S. Atan
Beliau berkata pemergian komposer legenda itu, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun, merupakan kehilangan besar buat industri muzik tanah air.
Bandar Teknologi Maju Perlis tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan - Fahmi
Fahmi berkata projek yang menelan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027.