KUANTAN: Kerajaan dijangka mengumumkan harga baharu bagi minyak masak minggu hadapan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, ini sehubungan perbincangan yag diadakan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi serta Kementerian Kewangan berkenaan isu tersebut.
Sebelum ini, timbul rungutan dalam kalangan orang ramai mengenai kenaikan harga barang keperluan tersebut, yang dilaporkan mencecah sehingga RM30 bagi minyak masak seberat 5 kilogram.
"Insya-Allah, saya nampak mungkin masalah harga minyak masak ini akan ada satu berita baiklah untuk pengguna.
“Saya tak boleh umum, mungkin Menteri Kewangan akan umum atau Menteri saya sendiri akan umum, tapi dalam perbincangan tersebut saya nampak ada suatu yang amat positif dan dalam masa seminggu mungkin boleh selesai, insyaAllah,” kata Rosol, di sini hari ini.
Selain itu, Rosol berkata kerajaan juga akan mempertimbangkan permintaan ibu bapa untuk membenarkan kedai alat tulis dibuka, memandangkan kerajaan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula 13 Jun lalu.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya terus melaporkan kepada KPDNHEP sekiranya berlaku sebarang kenaikan harga barangan yang mendadak, bagi memudahkan tugas pemantauan dilakukan.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan Kerajaan bakal menampung subsidi minyak dan minyak masak sehingga RM8.0 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi daripada RM3.78 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.
Tengku Zafrul dipetik sebagai berkata kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6.32 bilion bagi subsidi minyak dan minyak masak pada 2019 dan RM2.16 bilion pada 2020.
Luqman Hariz
Thu Jun 17 2021
![Harga baharu minyak masak diumum minggu depan? Harga baharu minyak masak diumum minggu depan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623912815_MinyakMasak.jpg)
Rosol berkata, KPDNHEP telah berbincang dengan dua kementerian lain berkenaan isu tersebut - fotoBERNAMA
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
![Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707561071_AzmanAdam.jpg)
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak paket secara dalam talian didapati masih lagi berlaku berdasarkan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
![Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711529981_TBCourtHammer.jpg)
Pengarah restoran mamak didenda RM15,000 miliki barang kawalan lebih kuantiti
Seorang pengarah syarikat rangkaian restoran mamak bergelar Datuk didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh selepas mengaku bersalah memiliki barang berjadual melebihi kuantiti.
![SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709021401_SPRMLogoSPRM.jpg)
SPRM tahan bapa, anak, disyaki guna dokumen palsu bekal minyak masak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan dua lelaki selepas disyaki menggunakan dokumen palsu bagi tujuan pembekalan minyak masak, empat tahun lepas.
![KPDN serbu dua restoran Pakistan di Jalan Ipoh KPDN serbu dua restoran Pakistan di Jalan Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703663304_TBKPDNjpg.jpg)
KPDN serbu dua restoran Pakistan di Jalan Ipoh
Dua buah restoran berkonsepkan Asia Selatan di Jalan Ipoh, diserbu dalam operasi membanteras penggunaan barang kawalan tanpa lesen oleh KPDN.
![Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701165294_TBDATUKARMIZANMO.jpg)
Audit subsidi minyak masak dilaksana sejak Oktober - Armizan
Kerajaan telah memulakan audit berkaitan subsidi minyak masak yang dilaksana di setiap negeri dan daerah sejak Oktober lepas bagi mengatasi isu ketirisan.
![KPDN teliti kemungkinan minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai KPDN teliti kemungkinan minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700291984_TBFuziahSalleh.jpg)
KPDN teliti kemungkinan minyak masak subsidi dijual sebagai minyak terpakai
KPDN sedang meneliti kemungkinan minyak masak peket bersubsidi dijual oleh pihak tertentu sebagai minyak masak terpakai sehingga menyebabkan gangguan bekalan.
![Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699704463_AyamRahmahKualaL.jpg)
Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.
![Kempen boikot tidak beri kesan besar terhadap penggunaan minyak masak - MPOB Kempen boikot tidak beri kesan besar terhadap penggunaan minyak masak - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699349806_GorengPisang.jpg)
Kempen boikot tidak beri kesan besar terhadap penggunaan minyak masak - MPOB
Permintaan terhadap minyak makan itu, termasuk minyak sawit turut membabitkan kelompok pengguna lain.
![Ahli perniagaan didakwa gagal selenggara buku stok kawalan minyak masak Ahli perniagaan didakwa gagal selenggara buku stok kawalan minyak masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698921050_TBSELEBRITIDIDAKWA.jpg)
Ahli perniagaan didakwa gagal selenggara buku stok kawalan minyak masak
Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan gagal menyelenggara buku stok bagi barang kawalan berjadual iaitu minyak masak, Jun tahun lepas.
![Minyak masak: Naik taraf sistem eCOSS dijangka siap pertengahan 2024 - Fuziah Minyak masak: Naik taraf sistem eCOSS dijangka siap pertengahan 2024 - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698908571_FuziahSallehParli.jpg)
Minyak masak: Naik taraf sistem eCOSS dijangka siap pertengahan 2024 - Fuziah
eCOSS yang kini sedang dinaik taraf oleh KPDN dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.