PUTRAJAYA: Kerajaan mempermudahkan proses pembayaran subsidi harga ayam termasuk membenarkan bayaran pendahuluan tuntutan kepada penternak kecil dan sederhana.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan ini petani dan peternak diberi peluang untuk mendapatkan bayaran pendahuluan sebelum tuntutan penuh diperoleh.
“Selepas ini penternak dan petani dapat menerima kemudahan ini tanpa banyak masalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di sini, pada Khamis.
Antara lain, Annuar memaklumkan, kerajaan juga memudah cara produser import (IP) Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ke atas empat komoditi yang merangkumi soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan melalui penanggguhan permit fi serta mewujudkan laluan keutamaan bagi proses kemasukan pantas sehingga bekalan ayam kembali stabil.
“Selain itu, kita juga mempercepatkan proses keperluan lesen pengimportan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) melalui kelulusan secara interim bermula 1 Julai lalu dengan proses kelulusan dalam masa tujuh hari bekerja berbanding 30 hingga 90 hari.
“Ia bakal memberi manfaat kepada 380 syarikat pengimpotan bahan makanan ternakan,” ujarnya.
Dalam masa sama, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, kerajaan juga telah menambah pusat penyembelihan dan loji pemprosesan di luar negara.
“Seperti mana yang kita tahu, hanya ada sejumlah loji dan pusat pemprosesan yang terhad di Thailand dan China yang menyebabkan bekalan kemasukan masih lagi menjadi terbatas.
“Bilangannya telah ditambah supaya bekalan dan sumber import ayam dan daging akan dapat dibawa masuk sumber yang lebih banyak dan ini akan membantu menstabilkan bekalan,” jelas Annuar lagi.
Menurutnya, setakat ini harga dan bekalan ayam stabil di pasaran.
Pasukan penguat kuasa juga, jelas beliau, telah melakukan semakan dan mengesahkan ayam dijual pada harga kurang daripada harga siling, malah, terdapat penjual-penjual ayam yang mampu menjual jauh lebih murah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan.
"Kita akan memastikan harga dan bekalan ayam terus stabil serta proses untuk menyampaikan bantuan subsidi yang sedang dilaksanakan ini dijalankan secara berkesan," kata Annuar.
Umavathi Ramayah
Thu Jul 07 2022
Annuar Musa berkata, kerajaan turut mempercepatkan proses keperluan lesen pengimportan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) melalui kelulusan secara interim bermula 1 Julai lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut
Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma
Biarpun sudah dua dekad berlalu, dia tidak pernah melupakan tragedi itu kerana kakak sulungnya menjadi antara 12 mangsa yang terkorban di Kota Kuala Muda.
OpenAI Pertimbang Untuk Bangunkan Robot Berbentuk Manusia
OpenAI juga telah melabur dalam beberapa syarikat robotik seperti Physical Intelligence dan Figure.
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
Dua Dekad Tsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.