PUTRAJAYA: Harga ayam dan telur akan melonjak naik lebih tinggi sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Justeru, beliau berkata kerajaan termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mengimbangi kenaikan harga ayam dan telur di pasaran.
Antara langkah yang dilakukan termasuk pelanjutan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) sehingga 4 Februari ini, mengimport ayam bulat sejuk beku dan pemberian kemudahan pinjaman mudah kepada industri penternakan ayam negara bagi mengatasi masalah lonjakan harga ayam di pasaran.
Nanta berkata, pelaksanaan SHMKM yang dijadualkan berakhir 31 Disember 2021 telah dilanjutkan selama 35 hari lagi, berkuat kuasa 1 Januari hingga 4 Februari 2022 dengan harga siling ayam ditetapkan sehingga 4 Februari 2022 pada RM6.10 sekilogram di peringkat ladang, RM7.80 sekilogram di peringkat borong dan RM9.10 sekilogram di peringkat peruncit.
Selain itu, usaha mengimport ayam bulat sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan dan tindakan ini sedang diusahakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
"Dengan penambahan bekalan di pasaran, situasi ini dapat menampung sebarang kekurangan bekalan ayam dan mewujudkan persaingan sihat yang seterusnya dapat mengawal dan mengimbangi harga ayam di pasaran," katanya dalam laman Facebook beliau di sini hari ini susulan kenyataannya berkenaan jangkaan kenaikan harga ayam dan telur di pasaran selepas SHMKM berakhir 4 Februari depan.
Menjelas lanjut, beliau berkata kenyataan itu bukan sengaja diada-adakan tetapi berdasarkan hasil maklumat yang diterima daripada sesi libat urus yang diadakan 6 Jan lepas bersama-sama MAFI, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Kewangan, wakil Agrobank dan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia (FLFAM).
Katanya setiap pihak telah membentangkan faktor kenaikan kos operasi penternakan ayam termasuk peningkatan kos makanan ayam di peringkat global dan kekurangan tenaga kerja akibat sekatan kemasukan pekerja asing bagi sektor tersebut.
Nanta berkata kerajaan juga memberi kemudahan pinjaman mudah atau soft loan kepada industri penternakan ayam negara bagi mengatasi masalah lonjakan harga ayam di pasaran dengan peruntukan bantuan sebanyak RM262 juta untuk membantu peladang yang terjejas akibat kenaikan harga baja dan racun.
"Daripada jumlah itu, sebanyak RM200 juta disediakan sebagai pinjaman agromakanan pada kadar sifar faedah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan melalui Agrobank dan Tabung Ekonomi Kumpulan Urus Niaga (TEKUN) Nasional untuk manfaat pengeluar agromakanan bagi menangani kos pengeluaran yang tinggi di peringkat ladang.
"Dengan adanya pemberian soft loan atau pinjaman mudah ini, ia dapat membantu penternak dan peladang menyerap kos operasi dan pengeluaran yang tinggi ketika ini sekali gus boleh mengawal kenaikan harga ayam," katanya.
Nanta menjelaskan isu kenaikan harga ayam ini yang melibatkan kos operasi yang dipengaruhi oleh pasaran dunia sememangnya amat mencabar dan memerlukan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi.
"Walau bagaimanapun, KPDNHEP akan terus memantau kenaikan harga dari semasa ke semasa dan memberi jaminan akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga kebajikan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan peniaga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 08 2022
NANTA: Usaha mengimport ayam bulat sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan dan tindakan ini sedang diusahakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.