Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata maklumat itu diperoleh susulan notis dikeluarkan KPDNHEP di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada 310 peniaga ekoran rungutan orang awam yang mendakwa berlakunya kenaikan harga ayam di peringkat peruncit.
Berdasarkan data analisis terdapat 27 peruncit menjual ayam pada harga satu kilogram antara RM9.50 dan RM10; 26 peruncit menjual pada harga antara RM9 dan RM9.40 dan 58 peruncit menjual pada harga di bawah RM9, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, kenaikan harga ayam di peringkat pemborong berlaku antara 30 sen dan RM1.10, dengan harga ayam di peringkat pemborong adalah antara RM6.50 dan RM8.50, manakala di peringkat peladang pula antara RM5.70 dan RM6.
Iskandar Halim berkata berdasarkan sumber data Jabatan Perkhidmatan Veterinar, harga ayam bagi minggu 29 Jun hingga 5 Julai telah turun iaitu antara RM5.90 hingga RM6 di peringkat ladang, RM5.99 hingga RM8.99 di peringkat borong dan RM8 hingga RM9.50 di peringkat runcit bagi Semenanjung Malaysia.
Harga ayam di Sabah dan Sarawak bagi ketiga-tiga peringkat tersebut masih kekal sepertimana minggu sebelumnya dari Mac lagi, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 10 2020

Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.