Kerajaan perlu lebih berani dalam membuat keputusan yang tegas mengenai isu perkahwinan kanak-kanak, kata peguam dan aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenivasan hari ini.
Beliau berkata, hak kanak-kanak perlu dilindungi dan pengharaman perkahwinan kanak-kanak hanya memerlukan kerajaan meluluskan satu undang-undang bagi menghalangnya.
"Saya berpendapat kerajaan tidak perlu takut dan saya tahu akan terdapat kumpulan berbeza bercakap perkara yang berbeza (seperti) budaya dan agama, tetapi kerajaan perlu mempunyai keberanian dan kerajaan perlu mendahului berhubung isu perkahwinan kanak-kanak
"Dan itulah yang saya suka melihatnya. Mereka perlu lebih jelas mengenai perkara itu," katanya dalam program temu bual secara langsung di Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama.
Beliau memberi pandangan berikutan kontroversi perkahwinan kanak-kanak di negara ini dengan isu berkenaan begitu banyak diperbahaskan oleh banyak pihak.
Kontroversi itu heboh diperkatakan susulan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 41 tahun di Kelantan pada Julai. Kes yang seumpama juga dilaporkan di negeri yang sama awal bulan ini di mana seorang gadis berumur 15 tahun berkahwin dengan lelaki berumur 44 tahun berikutan kemiskinan keluarga.
"Saya berpendapat adalah amat sukar bagi sesiapa untuk mempersoal bahawa pengharaman perkahwinan kanak-kanak adalah sesuatu yang amat tidak baik kepada Malaysia secara keseluruhan.
"Saya fikir ia adalah antara perkara yang kerajaan kita perlu lakukan dengan meluluskan undang-undang dan mereka perlu lakukannya kerana kanak-kanak kita adalah suatu anugerah yang berharga kepada kita. Mereka adalah masa hadapan negara dan anda tidak boleh mengahwinkan mereka pada umur 11 tahun," katanya.
Mengenai perkara lain, Ambiga berkata kerajaan baru telah melakukan yang terbaik meskipun menghadapi banyak cabaran dan terpaksa membersihkan masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelum ini.
"Jangkaan mereka adalah terlalu tinggi setakat ini melainkan beberapa isu. Saya berpendapat mereka telah lakukan yang terbaik. Saya gembira melihat mereka mempunyai kegigihan yang lebih apabila berhadapan isu sensitif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 28 2018
![Haramkan perkahwinan kanak-kanak, Ambiga beritahu kerajaan Haramkan perkahwinan kanak-kanak, Ambiga beritahu kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508919632_NikahGeneric.jpg)
Pandangan Ambiga adalah berikutan kontroversi perkahwinan kanak-kanak di negara ini dengan isu berkenaan begitu banyak diperbahaskan. - Gambar hiasan
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Surat terbuka kepada kerajaan: Pelihara Seksyen 1(e) Perlembagaan Persekutuan Surat terbuka kepada kerajaan: Pelihara Seksyen 1(e) Perlembagaan Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688184641_GenericBaby.jpg)
Surat terbuka kepada kerajaan: Pelihara Seksyen 1(e) Perlembagaan Persekutuan
Pindaan yang dicadangkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terutamanya penghapusan Seksyen 1(e), telah membangkitkan kebimbangan besar kepada saya.
![Kewujudan Suruhanjaya Kanak-Kanak akan diteliti - Azalina Kewujudan Suruhanjaya Kanak-Kanak akan diteliti - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673072307_AzalinaOthman.jpg)
Kewujudan Suruhanjaya Kanak-Kanak akan diteliti - Azalina
Ini penting bagi melihat perkara berhubung kebajikan kanak-kanak seperti keselamatan umum, pendidikan dan kesihatan.
![Perlindungan hak kanak-kanak daripada ibu bapa berbahaya Perlindungan hak kanak-kanak daripada ibu bapa berbahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-04/51491437371_abusedera.jpg)
Perlindungan hak kanak-kanak daripada ibu bapa berbahaya
Hak kanak-kanak untuk mendapat perlindungan yang selamat perlu diperkasa dalam kalangan masyarakat.
![Haramkan perkahwinan kanak-kanak, Ambiga beritahu kerajaan Haramkan perkahwinan kanak-kanak, Ambiga beritahu kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/71508919632_NikahGeneric.jpg)
Haramkan perkahwinan kanak-kanak, Ambiga beritahu kerajaan
Pengharaman perkahwinan kanak-kanak hanya memerlukan kerajaan meluluskan satu undang-undang bagi menghalangnya.
![Wujudkan undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur - Mujahid Wujudkan undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/81533642423_DATUKDRMUJAHIDYUSOF.jpg)
Wujudkan undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur - Mujahid
Undang-undang baharu berkaitan perkahwinan bawah umur perlu diwujudkan bagi mengelakkan eksploitasi terhadap hak kanak-kanak.
![Persidangan khas Ogos ini bincang isu KWSP suri rumah - TPM Persidangan khas Ogos ini bincang isu KWSP suri rumah - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61529734727_WanAzizah.jpg)
Persidangan khas Ogos ini bincang isu KWSP suri rumah - TPM
Beberapa agensi dan jabatan kerajaan berkaitan akan menyertai persidangan khas itu bagi mengkaji dengan teliti aspek teknikal yang menjadi menghalang pelaksanaan cadangan itu sebelum ini.
![Hak kanak-kanak bukan kos, tetapi satu pelaburan Hak kanak-kanak bukan kos, tetapi satu pelaburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81462580827_perheggenes.jpg)
Hak kanak-kanak bukan kos, tetapi satu pelaburan
Syarikat yang memberi tumpuan kepada kebajikan pekerja dan kanak-kanak akan memberi persekitaran yang kondusif ke atas produktiviti sekali gus melonjakkan perniagaan.
![Media Thailand sering langgar hak kanak-kanak - Kajian Media Thailand sering langgar hak kanak-kanak - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/51417103893_295x200.jpg)
Media Thailand sering langgar hak kanak-kanak - Kajian
Akhbar dan televisyen Thailand sering melanggar hak kanak-kanak dalam liputan mereka, kata satu kajian media yang disokong Unicef Thailand.