SHAH ALAM: Masih ada segelintir masyarakat yang berpegang kepada kepercayaan bahawa mengambil ubat-ubatan yang diberi oleh hospital dalam tempoh yang panjang akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Justeru ada kalangan pesakit yang bertindak berhenti daripada mengambil ubat yang dibekalkan pihak hospital untuk merawat penyakit mereka dan memilih untuk mengambil ubat alternatif termasuk suplemen yang tidak diketahui kandungan bahan serta kesan sampingan yang ada di dalamnya.
Pakar Perunding Nefrologi, Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM Dr Wan Ahmad Syahril Rozli Wan Ali berkata adalah satu pemahaman yang salah daripada orang awam yang apabila terdapat keperluan untuk mengambil ubat-ubatan, dikaitkan pula dengan ubatan itu sendiri yang akan merosakkan buah pinggang.
"Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah ubatan moden yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang contohnya ubat penahan sakit seperti "Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs" (NSAIDs) dan juga ubatan-ubatan lain seperti antibiotik tertentu.
"Namun begitu kesemua ubat yang telah dipreskripsikan oleh doktor seperti ubat untuk kencing manis, darah tinggi dan juga penyakit kronik yang lain biasanya telah menjalani kajian yang mendalam bagi mengetahui dos yang selamat, berserta kesan sampingan serta interaksinya dengan ubatan yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebaliknya Dr Wan Ahmad Syahril berkata walaupun di Malaysia tiada kajian secara menyeluruh yang menyatakan bahawa pengambilan suplemen akan menjejaskan fungsi buah pinggang, namun ketika melaksanakan rawatan dan tugasan seharian, pihaknya kerap menemukan kes-kes pesakit yang mengalami masalah buah pinggang setelah pesakit tersebut mengambil suplemen dari luar.
Malah ada sebahagian daripada pesakit tersebut yang langsung tidak mempunyai apa-apa risiko kegagalan buah pinggang, sebelum pengambilan suplemen tersebut, katanya.
"Kebanyakan suplemen yang dijual di pasaran tidak mempunyai kajian menyeluruh tentang kesan sampingan serta interaksinya dengan ubatan lain.
"Kadangkala, bahan pengawet yang digunakan dalam ubatan suplemen tersebut juga boleh menimbulkan masalah terhadap fungsi buah pinggang," kata beliau.
Dr Wan Ahmad Syahril berkata mengikut statistik pendaftaran dialisis dan pemindahan buah pinggang di Malaysia pada 2018, terdapat sejumlah 8,431 pesakit dialisis baharu dengan seramai 44,136 pesakit sedang menjalani rawatan dialisis disebabkan kegagalan buah pinggang.
Katanya pesakit buah pinggang di Malaysia merangkumi 55 peratus daripada golongan lelaki dan 45 peratus kaum wanita dengan majoriti daripada mereka berumur 55 tahun dan ke atas.
"Menurut statistik punca utama kegagalan buah pinggang di Malaysia adalah disebabkan penyakit kencing manis, iaitu sebanyak 69 peratus, yang makin meningkat peratusannya dari tahun ke tahun," katanya sambil menambah mereka yang mengamalkan gaya hidup merokok juga berisiko mengalami kerosakan buah pinggang.
Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat kebangsaan akan diadakan pada 13 Mac dengan tema, "Hidup Sejahtera Dengan Penyakit Buah Pinggang".
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 08 2021
Adalah satu pemahaman yang salah daripada orang awam yang apabila terdapat keperluan untuk mengambil ubat-ubatan, dikaitkan pula dengan ubatan itu sendiri yang akan merosakkan buah pinggang. - Foto AFPRelax
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Hapuskan mitos ubat hospital punca kerosakan buah pinggang
Masih ada masyarakat berpegang kepada kepercayaan mengambil ubat-ubatan yang diberi oleh hospital akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Gara-gara ketagihan arak, 3 maut minum cecair pensanitasi tangan
Golongan gelandangan di kawasan itu sering menyalah guna cecair pembasmi kuman serta beberapa produk lain sebagai pengganti kepada minuman beralkohol.