KUALA LUMPUR : Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14 FGV Holdings Bhd pada Khamis akan hanya menumpukan kepada kenaikan elaun Pengerusi dan Lembaga Pengarahnya.

Dalam kenyataannya pada Khamis, beliau turut ingin tahu jika isu berkaitan nasib peneroka akan turut menjadi agenda mesyuarat tahunan syarikat perladangan itu. 

"Saya ingin bertanya adakah benar mesyuarat ini hanya akan menumpukan mengenai kenaikan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FGV?

"Jika perkara ini benar, maka saya ingin bertanya bagaimana pula dengan nasib peneroka?

"Adakah permasalahan yang dihadapi mereka saat ini akan turut dibincangkan?" katanya dalam satu kenyataan di akaun Twitternya hari ini.
 

Anwar membangkitkan persoalan itu selepas beliau mendakwa melihat butiran notis mesyuarat syarikat berkenaan.

"Saya difahamkan syarikat perladangan FGV Holdings Bhd akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 hari ini.

"Saya juga ada menerima butiran mengenai notis panggilan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut," tambahnya lagi.