Satu kaji selidik mendapati hanya 1 peratus pemandu wanita mampu menyelesaikan sendiri masalah apabila kenderaan mereka mengalami kesosakan berbanding 48 peratus pemandu lelaki.
Kaji selidik itu, yang dijalankan Bosch iaitu syarikat pembekal komponen automotif selepas jualan terkemuka, meninjau pendapat 350 pemandu Malaysia berumur antara 18 dan 55 tahun untuk mengukur tahap pengetahuan mereka tentang tabiat penjagaan bateri, yang sekali gus mendedahkan bahawa masalah bateri menjadi punca utama kenderaan mengalami kerosakan.
“Kaji selidik kami menunjukkan 70 peratus kerosakan kenderaan berpunca daripada kegagalan bateri untuk berfungsi.
“ Ini bukan sahaja boleh menyusahkan, malah memberi risiko kepada semua pemandu dari segi keselamatan terutamanya pemandu wanita sekiranya mereka terkandas berseorangan,” kata pengurus negara bagi Bosch Automotive Aftermarket, Pang Yoon Kong, dalam kenyataan hari ini.
Kaji selidik itu juga mendapati 84 peratus wanita akan meminta bantuan keluarga dan rakan manakala 12 peratus daripada mereka menghubungi organisasi bantuan kenderaan apabila kenderaan mengalami masalah bateri.
Pang berkata masih ramai pemandu wanita yang tidak tahu cara mengelak kenderaan daripada mengalami kerosakan akibat bateri.
“Di Bosch, kami amat percaya tentang pentingnya memberi kekuatan kepada pemandu, terutama wanita dengan menjadikan mereka lebih berpengetahuan tentang kereta masing-masing serta mampu mengenal pasti tanda-tanda awal kegagalan bateri,” katanya.
Kaji selidik itu juga mendedahkan 29 peratus pemandu wanita, berbanding 22.6 peratus pemandu lelaki, masih menggunakan bateri jenis asid-plumbum berbanding bateri jenis tanpa penyenggaraan.
Pang berkata pada masa ini, semakin banyak pemandu memilih bateri jenis tanpa penyenggaraan berbanding bateri asid-plumbum, yang kerap memerlukan penyenggaraan pemandu.
“Bateri jenis tanpa penyenggaraan mempunyai lebih banyak kelebihan kerana ia memiliki kuasa engkolan dan keupayaan mengecas lebih kuat, boleh dicas semula lebih cepat serta tahan lebih lama.
“Dengan itu, pemandu dapat menikmati pemanduan tanpa stres dan tidak perlu bimbang tentang paras air bateri,” katanya.
-- BERNAMA
Astro Awani
Thu Feb 22 2018
Sebanyak 84 peratus pemandu wanita minta bantuan jika kereta rosak.
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: 7 maut, 33 yang lain cedera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Disember 2024]
Fokus Awani Pagi Bersama Syazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
1. PDRM laksana Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
2. Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
3. Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
#AWANIRingkas 24 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Disember 2024
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
1️⃣ 7 maut, 33 yang lain cedera
2️⃣ Penipuan melibatkan MyPR di Facebook
3️⃣ Pendedahan tingkatkan ketegangan Iran-Israel
#awaniringkas
Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India
Pihaknya menghantar nota rasmi kepada kerajaan India mengatakan bahawa kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali untuk proses kehakiman.
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Bomba bantu keluarkan warga emas meninggal dunia dalam bilik air
Kejadian disedari rakan mangsa sekitar jam 1.13 pagi yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa terkunci dalam bilik air.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Tiga kereta, enam motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C berkeluasan lantai 50 X 60 kaki persegi terbakar musnah anggaran 80 peratus.
Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.
SpeedFest 2024 dijangka cipta rekod perhimpunan kereta terbesar di Malaysia
Acara yang sedang berlangsung di di KL Base, Sungai Besi tampilkan legenda automotif Shoji Inoue, Jin Horino dan Daijiro Inada dari Jepun.
Enam cedera, 3 parah nahas lori dengan kereta
Mangsa dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori
Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita yang cedera dibawa ke hospital berhampiran
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
Pelajar 14 tahun maut nahas dua kenderaan
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
3 rumah, dua kereta musnah dijilat api di Sungai Siput
Kebakaran itu turut membabitkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
Rumah, kereta, tiga motosikal musnah dijilat api
Pihak JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran di Kampung Selat Pulau itu pada jam 1.57 pagi.