Hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang berkuat kuasa.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
"Anggaran jumlah pampasan tol tahun 2017 bagi empat lebuh raya tersebut ialah RM59.77 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat hari ini.
Lim ingin tahu hasil perbincangan dengan syarikat konsesi lebuh raya yang akan menaikkan tol tahun depan dan jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan sekiranya tol tidak dinaikkan.
Lim turut bertanya mengenai kos pembinaan dan kutipan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setakat ini, serta sebab tol di lebuh raya itu tidak dimansuhkan.
Fadillah berkata lebuh raya itu dibina pada 1989 dan siap pada 1994 dengan kos RM5.9 bilion yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi kecuali kos pengambilan tanah yang ditanggung kerajaan.
Berdasarkan perjanjian asal (1988), beliau berkata konsesi lebuh raya itu sepatutnya tamat pada 2018 namun, berikutan usaha mengurangkan kesan kenaikan tol, kerajaan terpaksa menstruktur semula kadar tolnya iaitu pada 1999, 2002 dan 2011.
"Di bawah penstrukturan PLUS terkini (2011), semua konsesi tol lebuh raya di bawah syarikat PLUS Berhad - termasuk Lebuhraya Utara Selatan - telah diselaraskan yang mana ia akan berakhir pada 31 Dis 2038," katanya.
Fadillah berkata sehingga akhir 2015, jumlah kutipan tol keseluruhan di Lebuhraya Utara Selatan sahaja ialah RM36.39 bilion.
Jumlah pampasan tunai yang telah dibayar kepada syarikat konsesi PLUS berikutan penangguhan kenaikan tol bagi lebuh raya berkenaan untuk tempoh sehingga 2015 ialah RM917.1 juta, katanya.
Beliau menjelaskan walaupun syarikat konsesi menerima jumlah kutipan tol yang tinggi, ia tidak bermakna mereka mengaut keuntungan yang besar kerana ia perlu dibelanjakan untuk pelbagai komitmen lain.
"Secara purata syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman kepada institusi pemberi pinjaman atau bank sebanyak 45 hingga 50 peratus daripada hasil kutipan tol yang diperoleh, operasi dan penyelenggaraan (20 peratus) serta kos untuk membaik pulih dan menaik taraf lebuh raya (15 hingga 20 peratus)," katanya.
Katanya, hasil pulangan atau keuntungan kepada pemegang saham pula dianggarkan sebanyak 10 peratus sahaja daripada hasil kutipan tol keseluruhan. - Bernama
Bernama
Tue Nov 01 2016

Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) merupakan antara empat lebuh raya yang diberi hak untuk merima kenaikan tol. - Foto BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

PETRA, Suruhanjaya Tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini.

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan AI di Malaysia, tarik pelabur global - Fadillah
Fadillah menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.

Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.

Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.

Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.

MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion

Raikan Tahun Baharu Cina dengan semangat perpaduan, kegembiraan dan kasih sayang – TPM
Budaya dan tradisi dikongsi dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjadi kekuatan, tetapi lambang kebanggaan bahawa Malaysia sebuah negara yang harmoni.

Projek penjanaan elektrik dirancang atasi masalah bekalan elektrik di Sabah - TPM Fadillah
Beberapa projek penjanaan elektrik yang besar sedang dirancang bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, sekali gus meningkatkan rezab margin bekalan itu sehingga 30 peratus menjelang 2030.