Sebanyak 40 peratus daripada hampir satu juta syarikat yang didaftarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dimiliki oleh usahawan Melayu dan Bumiputera, Dewan Rakyat diberitahu, hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Senator Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, jumlah itu menunjukkan penglibatan orang Melayu dan Bumiputera masih kurang dalam bidang keusahawanan.
Beliau berkata, keadaan itu wujud antara lain disebabkan sikap terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan untuk menjadi usahawan.
"Kejayaan usahawan sebenarnya bergantung kepada daya usaha, kemahiran dan inisiatif mereka sendiri untuk merebut peluang dan ruang meskipun terdapat banyak bentuk sokongan daripada kerajaan," katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu sebab orang Melayu dan Bumiputera kurang menjadi usahawan dan langkah meramaikan golongan itu pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Hatta berkata, kurang latihan dan kemahiran, kurang dorongan dan minat untuk meneroka peluang baharu selain masalah capaian kepada sumber kewangan turut menyumbang kepada kurangnya penglibatan orang Melayu dan Bumiputera dalam keusahawanan.
Pelbagai langkah dilaksanakan kerajaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan orang Melayu dan Bumiputera seperti membudayakan keusahawanan melalui program 'outreach', bimbingan dan latihan serta mempromosi keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Selain itu, khidmat nasihat dan akses kepada bantuan pembiayaan turut disediakan melalui agensi seperti Tekun Nasional dan SME Bank di samping menggalakkan program pembangunan dan pengukuhan koperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2019
Mohd Hatta berkata, penglibatan orang Melayu dan Bumiputera yang masih kurang dalam bidang keusahawanan antara lain disebabkan sikap terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. - Gambar hiasan
Kes Puspakom: SPRM tahan 13 lagi pemeriksa kenderaan
Menurut sumber, semua suspek berusia antara 20 dan 40-an ditahan antara jam 1 dan 2 petang Selasa dan 10 pagi hingga 3 petang pada Rabu.
Kekuatan ekonomi bergantung pada kestabilan politik dan dasar yang jelas
Perdana Menteri berkata prasyarat utama untuk mengangkat kekuatan ekonomi juga keamanan, kestabilan politik, dasar yang jelas, dasar ekonomi yang dapat kekuatan melalui penglibatan sektor swasta dan kecekapan sektor awam.
#AWANInews
#AWANInews
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal dalam persekitaran peningkatan permintaan terhadap mata wang AS.
AWANI Pagi: Mahasiswa: Antara sibuk & produktif
Diskusi Awani Pagi 8.30 bersama Mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya, Syed Mohamad Rafid Syed Ahmad Shafir mengenai nilai produktiviti golongan mahasiswa dan bagaimana aktiviti kokurikulum dapat menjadi kunci kepada pembinaan diri mahasiswa.
Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.
FEM2025: Charting Malaysia’s Path to Regional Leadership
Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) is the premier platform to chart Malaysia’s priorities and policies for 2025. Organised by the Government of Malaysia, this annual event will track the medium-term progress of the government’s initiatives and set the narrative for the coming year. With Malaysia assuming the chairmanship of ASEAN in 2025, "Seizing Malaysia’s Moment" recognises the country’s inherent strengths to seize the opportunities that lie ahead.
Piala EFL: Selepas seri berdepan Manchester United, Liverpool dimalukan Tottenham
Gol pertama Bergvall hadir ketika perlawanan berbaki empat minit, dengan mereka bakal buat perhitungan sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua.
Israel terus bantai Gaza, puluhan lagi nyawa syahid
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah bertingkat di kawasan Sheikh Radwan di Gaza City.
Kerajaan kaji keperluan lesen media sosial untuk LinkedIn
Fahmi minta SKMM menilai sama ada LinkedIn mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia dan dikategori sebagai platform media sosial.
Pemotongan capex Petronas tidak jejas Swift Energy, pelbagaikan aliran pendapatan
Swift Energy telah mempelbagaikan aliran hasil dengan pergantungan seimbang pada minyak dan gas, minyak makan dan utiliti.
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Matrikulasi: Kerajaan jamin kuota Bumiputera dikekalkan - PM
Kuota itu harus kekal kerana keputusan tersebut telah lama dibuat dan dikaitkan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153.