GEORGE TOWN: Hanya 16 atau 2.14 peratus daripada 746 projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai "projek sakit" berikutan kelewatan pembinaan oleh pihak kontraktor, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan itu adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi pihak kontraktor selain COVID-19, kekurangan bahan dan masalah ketika melantik sub kontraktor.
"Projek sakit ini selalu diketengahkan walhal peratusannya hanya sedikit, 16 saja atau 2.14 peratus daripada keseluruhan 746 projek.
Berdasarkan laporan diterima pada bulan lepas peratusan (projek sakit) adalah 2.88 peratus tetapi bulan ini menurun kepada 2.14 peratus. Ini secara jelas menunjukkan JKR telah melaksanakan kerja dengan cemerlang bagi menyiapkan projek-projek tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek menaik taraf dan memulihara bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Kerja-kerja menaik taraf bangunan warisan dua tingkat berusia 119 tahun itu menelan kos RM17.9 juta, bermula 1 Dis 2021 dan dijangka siap pada 13 Julai depan.
Bangunan itu sebelum ini dilaporkan mengalami beberapa masalah teknikal termasuk kebocoran bumbung, kesan anai-anai, kelembapan dan tumbuhan kulat serta tompokan air di beberapa bahagian.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata berkata projek yang dikendalikan oleh JKR ini tidak hanya merangkumi pembinaan bangunan tetapi turut melibatkan pelbagai projek lain termasuk membina dan menaik taraf jambatan, lebuh raya, jalan dan cerun.
Menurut beliau, selain projek sedia ada JKR mempunyai 2,100 projek lagi yang dalam perancangan untuk dilaksanakan di seluruh negara, termasuk daripada kementerian lain.
"Selain projek JKR, kita juga laksanakan projek kementerian lain umpamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pertahan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024

Ahmad berkata, faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan itu adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi pihak kontraktor.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.

Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.

KKR kenal pasti 1,577 cerun berisiko sangat tinggi di seluruh negara
Sebanyak 1,577 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti sebagai berisiko sangat tinggi, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).

KKR lulus RM55.97 juta selenggara jalan di Kulim, Sandakan
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan sebanyak RM55.97 juta melibatkan 30 Arahan Kerja (AK) Penyenggaraan untuk jalan Persekutuan di Kulim, Kedah dan Sandakan, Sabah.

JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.

Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Surat Setuju Terima (SST) Pakej Kerja Fasa 1B telah diserahkan kepada 13 kontraktor, untuk tempoh pembinaan antara 36 hingga 48 bulan.

Kempen MYJalan manifestasi KKR sedia infrastruktur selamat, selesa kepada rakyat
Meskipun hanya sebesar tapak tangan, kerosakan jalan raya yang tidak diselenggarakan boleh mengundang nahas dan menyebabkan kehilangan nyawa atau kecacatan kekal.

KKR perlu peruntukan tambahan naik taraf infrastruktur pusat latihan pembelajaran TVET pembinaan
Kementerian Kerja Raya (KKR) memerlukan peruntukan tambahan untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan pusat latihan TVET pembinaan.

KKR lulus peruntukan RM130 juta senggara jalan Persekutuan di Sabah tahun ini
Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan peruntukan RM130 juta bagi kerja-kerja penyenggaraan berkala turapan dan bukan turapan untuk jalan Persekutuan di Sabah tahun ini.