Pengguna elektrik di Sarawak yang menerima bil yang melambung tinggi disaran mengambil gambar penggunaan sebenar elektrik di meter premis mereka dan menghantarnya kepada Sarawak Energy Berhad (SEB), untuk semakan semula.
SEB, syarikat pembekal tenaga elektrik tunggal di negeri ini menyatakan, bil yang dikeluarkan untuk bulan Jun juga mencerminkan anggaran penggunaan untuk tempoh antara Mac dan Mei tahun ini, kerana kerja pembacaan meter sebenar ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
"Dalam tempoh PKP, kebanyakan bil untuk bulan Mac, April dan Mei adalah berdasarkan anggaran penggunaan, dikira melalui corak penggunaan pengguna sebelum tempoh PKP," kata Pengurus Besar (Runcit) SEB, Ng Shou Fui dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata berikutan kebanyakan pengguna dan keluarga mereka berada di rumah sepanjang tempoh PKP, kemungkinan mereka lebih kerap menggunakan peralatan elektrik, yang mengakibatkan peningkatan penggunaan tenaga di rumah masing-masing.
"Kami menggesa pelanggan kami yang menghadapi sebarang masalah berhubung bil elektrik mereka untuk menghubungi eksekutif khidmat pelanggan di pusat khidmat pelanggan kami.
"Ambil gambar bacaan di meter dan petugas kami akan membuat pengiraan semula. Bil yang dibetulkan akan dikirim melalui e-mel kepada pelanggan,” katanya.
Ng berkata pelanggan boleh menghantar gambar-gambar bacaan meter mereka ke pusat khidmat pelanggan SEB yang terdekat, melalui e-mel ke customercare@sarawakenergy.com, atau menerusi aplikasi mudah alih mereka, SEB Cares, yang tersedia di Google Play Store, Apple App Store atau https://sebcares.sarawakenergy.com.my.
SEB juga membantu pelanggan mendapatkan potongan harga daripada bil mereka seperti yang diumumkan di bawah pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) untuk mengurangkan beban pengguna ekoran pandemik COVID-19.
Di bawah kedua-dua pakej yang dibiayai oleh kerajaan itu, semua pemegang akaun yang layak daripada kategori domestik, komersil dan perindustrian akan memperoleh bil elektrik mereka secara automatik, dan diberikan diskaun antara lima dan 25 peratus, bergantung kepada kelayakan, untuk penggunaan antara April dan September tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020
SEB: Kami menggesa pelanggan yang menghadapi sebarang masalah berhubung bil elektrik untuk menghubungi eksekutif khidmat pelanggan di pusat khidmat pelanggan kami.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Kerugian akibat banjir di Johor cecah RM63.1 juta
Nilai kerugian itu meliputi harta benda dan kemudahan awam.
Kerugian PKP 2.0 tidak seteruk PKP tahun lepas - Ahli ekonomi
Jangkaan itu dibuat selepas mengambil kira lebih banyak sektor dibenarkan beroperasi berbanding tahun lepas.
Hantar gambar bacaan meter jika bil elektrik melambung tinggi - SEB
Bil yang dikeluarkan untuk bulan Jun juga mencerminkan anggaran penggunaan untuk tempoh antara Mac dan Mei tahun ini.
Bil air Mei tinggi disebabkan penyelarasan bil April dan Mac - SPAN
Bil yang dikeluarkan pada bulan Mac dan April adalah mengikut bacaan secara anggaran kerana operator agihan air tidak membuat bacaan meter sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.
Air Selangor laksana garis panduan baharu mulai Jun
Air Selangor menjangkakan bahawa pelarasan ini akan selesai disempurnakan pada Julai 2020 kerana kitaran bil lengkap akan mengambil masa selama sebulan.
Pengguna Negeri Sembilan disaran buat bayaran bil air tertunggak elak pemotongan
Pemotongan bekalan air bagi setiap bil tertunggak akan dikuatkuasakan bermula 13 sehingga 22 Mei ini, dan akan dihentikan sementara semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Genap 22 tahun, nama Justin Bieber dianggar bernilai RM838 juta
Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal dalam keluarga berpendapatan rendah, Bieber menggunakan bakatnya untuk membina kehidupan yang lebih baik.