GEORGE TOWN: Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu hari ini.
Beliau mengantikan Datuk Khaw Kok Chin yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 25 Mac lepas.
Majlis Serah Terima Tugas itu dilaksanakan di Dewan Mutiara di Ibu pejabat Kontijen Pulau Pinang di sini disaksikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Hussain.
Razarudin dalam ucapannya berkata pelantikan itu dibuat setelah mempertimbangkan kredibiliti dan daya kepimpinan yang dimiliki oleh Hamzah untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Sementara itu Khaw dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga PDRM Kontinjen Pulau Pinang di atas segala kerjasama, kesungguhan, inisiatif dan komitmen yang diberikan sepanjang beliau diamanahkan sebagai Ketua Polis Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 22 2024

Razarudin (tengah) menyaksikan penyerahan jawatan Ketua Polis Pulau Pinang antara Datuk Khaw Kok Chin (kiri) kepada penggantinya Datuk Hamzah Ahmad (kanan) hari ini. - Foto Bernama

Baca al-Quran empat jam sehari rutin harian Neelofa sepanjang Ramadan
Neelofa memulakan harinya seawal jam 4.30 pagi dengan mengerjakan solat sunat sebelum bersahur dengan suami.
AWANI Pagi: Panduan Mahu Kaya, Jadi Bangsa Enam Angka
8:30 pagi Khamis bersama pempengaruh kewangan dan penulis buku kewangan, Azraei Muhamad berkongsi buku tulisannya yang menawarkan panduan untuk menjadi kaya dan mengumpul kejayaan sehingga muncul sebagai bangsa enam angka dalam masa ditetapkan.
Pembiayaan lebih 1 bilion kepada Sapura, apa nasib vendor?
Presiden MOGSC, Ts. Syed Saggaf Syed Ahmad, membincangkan kesan pembiayaan lebih RM1 bilion kepada Sapura serta implikasinya terhadap vendor industri minyak dan gas. Adakah langkah ini memberi kelegaan atau menambah ketidaktentuan?

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.
Pasaran saham AS naik berikutan data inflasi yang lebih rendah
Saham AS meningkat pada hari Rabu selepas data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan membantu menghentikan penjualan besar-besaran, walaupun perang tarif yang berterusan oleh Presiden Donald Trump mengekang kenaikan. S&P 500 dan Nasdaq ditutup dalam wilayah positif, manakala Dow Jones berakhir sedikit lebih rendah.
Trump ancam tarif tambahan apabila EU, Kanada bertindak balas tarif sedia ada
Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua import keluli dan aluminium ke Amerika Syarikat, mencetuskan tindak balas daripada Kesatuan Eropah dan Kanada. Trump mengancam untuk mengenakan tarif tambahan jika EU melaksanakan tarif balas terhadap barangan AS. Kanada, pembekal utama keluli dan aluminium ke AS, mengumumkan tarif balas sebanyak 25% ke atas logam tersebut serta produk lain bernilai C$29.8 bilion.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 9.48 pagi ini untuk dirakam keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram dihadapinya.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 13 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 13 Mac 2025
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran bimbang mengenai perang perdagangan yang semakin meningkat, yang menjejaskan sentimen risiko. Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.

Keselamatan, trafik sepanjang sambutan Thaipusam di Pulau Pinang terkawal
Lebih 1.5 juta penganut agama Hindu dan pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang sempena perayaan Thaipusam hari ini.

Polis tahan tujuh individu, rampas dadah, sitaan bernilai RM1.3 juta
Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam.

Empat Ah Long ditahan, terlibat simbah cat, khianat di enam negeri
Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket Ah Long yang turut melakukan jenayah khianat rentas negeri.

Dua penjenayah maut ditembak polis di Pulau Pinang
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.20 pagi ketika sepasukan polis sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Curi kabel TM di Pulau Pinang, polis tahan 16 lelaki
Susulan operasi, sekurang-kurangnya lapan kes curi kabel berjaya diselesaikan iaitu di Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan.

Polis sahkan terima laporan kes tertembak babit pegawai kastam
Polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu selepas siasatan selesai.

Kes resit hina Islam: Empat warga Myanmar ditahan bantu siasatan
Polis menahan empat individu warga Myanmar termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes resit yang didakwa menghina Islam.

Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.

Hamzah Ketua Polis Pulau Pinang baharu
Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), JKDNKA Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad dilantik sebagai Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu.

Mohd Alwi dilantik Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang baharu
Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu hari ini.