KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Etika Hakim (JEC) memutuskan untuk menggantung tugas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer bermula Khamis hingga 27 Ogos 2021.
Keputusan itu dibuat dalam prosiding inkuiri tertutup di Istana Kehakiman Putrajaya petang tadi yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Anggota panel lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf, Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat serta dua bekas Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.
Hamid Sultan menjadi hakim pertama yang digantung tugas selepas Akta Jawatankuasa Etika Hakim 2010 berkuat kuasa.
Peguam Datuk Joy Wilson Appukuttan, yang mewakili Hamid Sultan, memaklumkan keputusan itu semasa dihubungi Bernama hari ini.
"Kami baru sahaja menerima pengesahan melalui surat bertarikh 4 Feb daripada Pengerusi JEC bahawa JEC berpuas hati bahawa aduan terbabit telah dibuktikan dan Datuk Dr Hamid Sultan digantung tugas mulai hari ini (4 Feb) hingga 27 Ogos 2021.
"Saya perlu mendapatkan arahan daripada Datuk Dr Hamid Sultan berhubung tindakan selanjutnya," kata beliau.
Difahamkan, Hamid Sultan akan bersara pada Ogos ini.
Seorang lagi peguam yang mewakili Hamid Sultan, T. Gunaseelan, pula berkata prosiding inkuiri itu tetap diteruskan tanpa kehadiran anak guamnya.
Beliau berkata pihaknya telah memohon agar prosiding hari ini ditangguhkan kerana Hamid Sultan kurang sihat dan perlu mengamalkan penjarakan sosial memandangkan situasi pandemik COVID-19 ketika ini.
"Pihak kami juga memohon penangguhan prosiding inkuiri berikutan rayuan bagi menangguhkan prosiding itu akan didengar esok di Mahkamah Rayuan.
"Namun permohonan penangguhan prosiding itu tidak dibenarkan oleh anggota panel terlibat dan prosiding diteruskan," katanya yang turut memaklumkan bahawa beliau bersama dua lagi peguam Hamid Sultan iaitu Appukuttan dan Dinesh Nandrajog kemudian membuat keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam prosiding itu.
Pada 2 Feb lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya menolak permohonan Hamid Sultan untuk menangguhkan prosiding di hadapan JEC sementara menunggu rayuannya diputuskan oleh Mahkamah Rayuan selepas mendapati beliau gagal menunjukkan sebarang keadaan khas bagi membolehkan penangguhan dibenarkan.
Pada 21 Jan lepas, Hamid Sultan gagal dalam permohonan bagi mencabar tindakan JEC menjalankan prosiding inkuiri terhadapnya secara tertutup selepas Mariana membenarkan bantahan Jabatan Peguam Negara terhadap kebenaran untuk semakan kehakiman yang dikemukakan beliau.
Pada 20 Okt tahun lepas, Hamid Sultan memfailkan permohonan itu dengan menamakan Pengerusi JEC dan JEC masing-masing sebagai responden pertama serta kedua dan memohon perintah untuk membatalkan keputusan responden seperti dalam surat responden pertama bertarikh 28 dan 29 Sept 2020 berhubung prosiding inkuiri secara tertutup, selain deklarasi bahawa keputusan itu tidak sah dan batal serta bercanggah dengan Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.
Tengku Maimun adalah Pengerusi JEC ketika ini.
Hamid Sultan, dalam afidavit sokongan yang difailkan bersama semakan kehakiman itu, berkata permohonan tersebut difailkan berdasarkan keputusan responden pertama untuk menyiasat dua aduan yang dibangkitkan terhadapnya oleh hakim lain.
Beliau mendakwa siasatan berhubung salah laku membabitkan hakim tidak boleh dilakukan secara tertutup kerana ia bercanggah dengan prinsip kebebasan kehakiman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer digantung tugas bermula Khamis hingga 27 Ogos 2021.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

Hamid Sultan tarik balik saman terhadap dua peguam
Pada 4 Feb lepas, JEC yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah memutuskan untuk menggantung tugas Hamid Sultan sehingga 27 Ogos 2021.

Hamid Sultan digantung tugas mulai Khamis hingga 27 Ogos - JEC
Jawatankuasa Etika Hakim (JEC) memutuskan untuk menggantung tugas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer bermula Khamis hingga 27 Ogos 2021.