LABUAN: Senator Datuk Bashir Alias mendesak Jabatan Imigresen untuk menghalang pemegang Kad Burung-Burung dan Sijil Banci dalam kalangan imigran warga Filipina dari Sabah untuk memasuki pulau bebas cukai ini.
Pada masa sama, beliau berkata Jabatan Imigresen harus membenarkan pemegang kedua-dua dokumen tersebut yang berada di pulau ini untuk pulang ke Sabah.
Bashir berkata ini selari dengan polisi tiada aliran bebas yang akan dikuat kuasa di terminal feri roll on roll off dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan.
Kementerian Dalam Negeri sebelum ini telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan kawalan lebih ketat di dua terminal feri di sini, terutama terhadap pengembara bukan penduduk Sabah yang ingin ke tanah besar negeri itu.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peruntukan sebanyak RM200,000 telah diluluskan untuk tindakan segera seperti menubuhkan kaunter khas bagi bukan penduduk Sabah.
Beliau berkata kawalan lebih ketat diperlukan bagi memastikan tiada aliran bebas di pintu masuk utama terminal feri ke tanah besar Sabah di Jeti Tanjung Pagar Sipitang, Menumbok dan Jesselton.
Sementara itu, Bashir berkata dokumen untuk imigran Filipina di Sabah dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Imigresen negeri, justeru, pemegang dokumen sepatutnya tidak dbenarkan mengembara di luar Sabah.
"Kami menganggarkan kira-kira 12,000 imigran Filipina berada di pulau bebas cukai ini, kami bimbang jumlahnya meningkat kerana tiada pengawalan ketat oleh rakan setugas di Sabah.
"Kami juga tidak mahu melihat pemegang dokumen ini terkandas di Labuan, jika pihak imigresen di terminal feri menghalang mereka daripada pergi ke Sabah," katanya kepada Bernama hari ini.
Bashir berkata Labuan hanya mengiktiraf pemegang dokumen IMM13 serta warga asing dengan pasport antarabangsa berserta permit kerja untuk tinggal dan bekerja di Labuan.
"Kami menyambut baik pemeriksaan imigresen yang lebih ketat di terminal feri seperti yang diarahkan Datuk Seri Hamzah Zainudin, memandangkan kami memahami situasi tersebut, tetapi pihak mereka juga perlu melihat kepada peningkatan jumlah imigran Filipina dengan Kad Burung-Burung dan Sijil Banci di pulau ini," katanya.
Bashir berkata kerajaan Sabah juga perlu melihat keperluan untuk melaksanakan pemeriksaan imigresen di Jeti Menumbok bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah sahaja dibenarkan menaiki feri atau bot penumpang ke Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2022
Jabatan Imigresen harus membenarkan pemegang kedua-dua dokumen tersebut yang berada di pulau ini untuk pulang ke Sabah. - Gambar fail
Pemuda tanam ubi kayu 200 tan bekalan musim banjir
Muhammad Azizan Mat Zin, 31, berkata beliau menjangkakan keseluruhan tanamannya itu akan mengeluarkan hasil lebih 200 tan ubi kayu.
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.
Amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan selama tiga hari bermula Rabu
Keadaan cuaca ini dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, dan Sandakan, serta Labuan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.
Polis Labuan, SPRM ikrar perkukuh kerjasama perangi rasuah dan salah guna kuasa
ACP Muhammat Azis Malmod membuat ikrar itu semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Mohd Hamizi di pejabatnya pada Rabu.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.