KUALA LUMPUR: Laporan Pasaran Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Laporan itu yang dikeluarkan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), menunjukkan peningkatan ketara dalam aktiviti pasaran merentas sektor-sektor utama, menunjukkan pemulihan yang kukuh daripada cabaran ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 pada tahun-tahun sebelumnya.
Ia menggambarkan landskap keyakinan yang memberangsangkan didorong oleh pelan tindakan strategik lima tahun yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Strategik Labuan IBFC 2022-2026.
Ketua Pengarah Labuan FSA, Nik Mohamed Din Nik Musa berkata, ia juga menunjukkan pengembangan ketara dalam volum perniagaan dan lonjakan kemasukan baharu, terutamanya dalam perbankan, insurans, kaptif, syarikat-syarikat amanah, pasaran modal, perkhidmatan kewangan digital dan pengurusan kekayaan.
"Paling penting ialah kebanjiran pemerbadanan syarikat-syarikat baharu yang menjadi bukti nyata kepada trajektori positif pasaran yang berterusan.
"Lonjakan dalam keuntungan ini, mencecah kira-kira AS$4 bilion merentasi sektor-sektor utama seperti perbankan, insurans dan syarikat amanah mengesahkan trajektori pertumbuhan baharu Labuan IBFC," katanya ketika membentangkan Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 di sini, pada Jumaat. (AS$1=RM4.77)
Nik Mohamed Din berkata, sektor kewangan secara keseluruhannya mengagumkan dengan mencatatkan 880 institusi yang diluluskan dan berlesen, menguruskan jumlah aset yang besar bernilai AS$83.3 bilion.
"Selain itu, sektor kewangan Islam Labuan telah menerima inovasi digital sebagai asas strategi perniagaan, dengan menerbitkan aset digital Islam pertama di dunia, dikenali sebagai RAMZ bernilai AS$50 juta dan disenaraikan di bursa digital Labuan terpilih," katanya.
Dari segi pembangunan ekonomi, Nik Mohamed Din berkata Labuan IBFC terus berfungsi sebagai peneraju, memangkin pertumbuhan dan kemakmuran bagi komuniti Labuan.
"Penciptaan peluang pekerjaan baharu dan perbelanjaan tempatan yang meningkat oleh entiti Labuan, dianggarkan berjumlah RM219 juta, menunjukkan peranan penting pusat itu dalam memupuk daya hidup sosioekonomi.
"Terutamanya sumbangan daripada Labuan IBFC yang belum pernah berlaku sebelum ini sebanyak RM1.2 bilion kepada hasil fiskal negara menandakan satu kejayaan bersejarah, melepasi paras RM1 bilion buat kali pertama," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024
Nik Mohamed Din berkata, sektor kewangan secara keseluruhannya mengagumkan dengan mencatatkan 880 institusi yang diluluskan dan berlesen, menguruskan jumlah aset yang besar bernilai AS$83.3 bilion. - Gambar Bernama
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.