PASIR MAS:Lima keluarga yang tinggal berhampiran Sungai Golok dekat pangkalan Syed Agil, Rantau Panjang, dekat sini melahirkan kebimbangan akibat hakisan tebing yang semakin parah dan boleh mengancam keselamatan mereka.
Mereka mendakwa longkang yang dibina oleh kontraktor yang dilantik pihak berwajib tidak menepati piawaian sehingga menyebabkan air longkang ataupun air hujan tidak dapat mengalir terus ke dalam sungai dan dibimbangi hakisan di kawasan tebing sungai itu lama-kelamaan akan menyebabkan rumah penduduk runtuh sekali gus mengancam nyawa mereka.
Seorang penduduk, Roslan Jusoh, 49, berkata sebahagian rumahnya yang diduduki sejak hampir 50 tahun lepas, runtuh bulan lalu apabila aliran air longkang menghakis sedikit demi sedikit tanah di bahagian bawah simen rumahnya yang hanya 10 meter dari Sungai Golok.
"Nasib baik ketika kejadian saya tidak berada di kawasan yang runtuh itu...jika tidak saya mungkin cedera parah ditimpa binaan konkrit, hakisan ini berpunca daripada aliran air longkang yang sepatutnya dibina lebih panjang dan terus mengalir ke sungai," katanya.
Seorang lagi penduduk, Asenina Ariffin, 42, berkata dia bimbang sekiranya keadaan itu berterusan kerana rumahnya baru siap dibina dua bulan lepas dan berharap pihak berwajib dapat membaik pulih tebing di kawasan itu dengan segera bagi mengelak lebih banyak rumah penduduk terjejas.
Katanya, sebelum ini pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat perapian tanah di kawasan tanah miliknya disebabkan berlaku hakisan sejak beberapa tahun lepas tetapi kini keadaan itu berulang.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd Nor berkata hasil lawatannya ke kawasan berkenaan mendapati ada rumah penduduk yang runtuh akibat hakisan.
Beliau berkata sebahagian rumah penduduk dibina di atas tanah rizab sungai tetapi ada juga di atas tanah persendirian.
"Hasil siasatan ia berpunca daripada hujan dan perkara ini akan dibincangkan bersama dengan Menteri Besar untuk mendapatkan peruntukan segera daripada kerajaan negeri untuk membaiki tebing tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020
Roslan menunjukkan tapak rumahnya yang runtuh di Pangkalan Syed Agil Rantau Panjang, Pasir Mas, 11 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengeluar China akan pindah pengeluaran ke luar negara elak tarif AS
Pengeluar dari China merancang untuk mempercepat usaha memindahkan pengeluaran ke negara lain bagi mengelak tarif Amerika Syarikat.
China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) merampas 970,707 unit produk kesihatan haram dan mengeluarkan 7,351 penyenaraian produk dari platform e-dagang serta media sosial tempatan tahun lalu, hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi tempatan dan luar negara.
Bomba Pulau Pinang periksa hotel pastikan tahap keselamatan di tahap tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan di hotel-hotel di negeri itu bagi memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi terutama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Misi solidariti damai di selatan Thailand
Editor Astro AWANI, Dr. Azlinariah Abdullah turun padang ke tiga wilayah bergolak di selatan Thailand bagi meninjau semula segala bentuk bantuan yang dihulurkan Malaysia, yang kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, dari segi sokongan serta kerjasama ekonomi, pendidikan dan budaya sebagai komponen penting untuk mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.
Malaysia Kekal Komited Pertahan Ekonomi Terbuka
Kerajaan menegaskan komitmennya untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka dengan mengambil langkah strategik bagi mengimbangi kepentingan negara dalam menghadapi perubahan dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat.
'ASEAN Coin', masih banyak halangan
ASEAN ialah rantau besar dengan ekonomi dan sistem kewangan yang berbeza, menjadikan penyatuan mata wang digital seragam satu cabaran. Menurut Pengurus Besar APAC Luno, Aaron Tang, usaha ini masih di peringkat awal dan berdepan halangan seperti perbezaan dasar ekonomi, kesediaan teknologi, dan keperluan kewangan setiap negara.
Polis mohon bantuan kesan Swee Seh Wah
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Jan lepas.
Penduduk bimbang runtuhan tebing sungai ancam nyawa
Penduduk di Sungai Kampung Kuau bimbang mendapan dan runtuhan tebing di belakang sebuah rumah sewa dua tingkat di kampung itu.
58 kubur lama berusia lebih 100 tahun dipindahkan
Kubur dipercayai berusia lebih 100 tahun itu dipindahkan ekoran ancaman runtuhan tebing Sungai Jelai berikutan kesan banjir.
'Tandas, bilik mandi pun hanyut'
Hujan lebat dan fenomena air pasang besar mengakibatkan hakisan lebih teruk berlaku.
Hakisan tebing: Penduduk Sungai Golok bimbang keselamatan
Mereka mendakwa longkang yang dibina kontraktor tidak menepati piawaian sehingga menyebabkan air longkang ataupun air hujan tidak dapat mengalir terus ke dalam sungai.