BACHOK: Penduduk di Sungai Kampung Kuau di sini bimbang mendapan dan runtuhan tebing di belakang sebuah rumah sewa dua tingkat di kampung itu mengancam nyawa terutamanya selepas hujan lebat pagi semalam.
Pemilik rumah sewa tiga unit berkenaan, Hassan Ahmad, 73, berkata beliau dimaklumkan oleh penduduk kampung kira-kira 11 pagi semalam bahawa bahagian belakang rumahnya sudah runtuh dan dibawa arus sungai.
"Saya segera hadir ke lokasi kejadian dan terkejut melihat keseluruhan bahagian belakang rumah dan kebun pisang serta kelapa sudah runtuh ke dalam sungai.
"Kos pembinaan keseluruhan bangunan ini kira-kira RM1.1 juta dan bagi kerugian yang dialami akibat runtuhan setakat ini sebanyak RM20,000," katanya kepada Bernama.
Pesara kerajaan itu berkata beliau dan penduduk lain risau hakisan tebing semakin teruk dan berlaku dalam skala lebih besar selepas ini memandang hujan berterusan.
Sementara itu, penduduk, Fatimah Mat, 56, berkata pada 2021, rumah dan kedai makan miliknya retak akibat hakisan sungai berkenaan.
"Kawasan ini berada di selekoh sungai dan apabila hujan lebat tanpa henti ia mengakibatkan arus deras berlaku di sini.
"Sebab itulah hakisan dan mendapan mudah terjadi dan kami mahu tindakan segera dilakukan kerana saya tinggal bersama suami yang mengalami strok sejak empat tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Penghulu Mukim Kuau Zahiran Shaari berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membina benteng batu sepanjang 150 meter dengan kos kira-kira RM700,000 dua tahun lepas, namun ia tidak meliputi keseluruhan kawasan terbabit.
"Pada masa ini, kami mahu kawasan runtuhan dan sekitarnya sepanjang 100 meter yang dijangka akan terhakis serta mendap dibina benteng batu bagi mengelak kejadian sama berulang, sekali gus boleh mengancam nyawa penduduk terlibat," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama Mohd Huzaimy Che Husin berkata beliau sudah mengadakan lawatan ke tempat kejadian malam tadi bersama penggawa dan telah berbincang dengan pihak JPS bagi menyelesaikan masalah itu.
"Kita berharap masalah ini mendapat perhatian segera pihak berwajib terutama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk sama-sama membantu," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Mohd Huzaimy berkata beliau sudah mengadakan lawatan ke tempat kejadian malam tadi bersama penggawa dan telah berbincang dengan pihak JPS bagi menyelesaikan masalah itu. - Gambar Bernama

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

Indonesia pergiat usaha pembenihan awan untuk tangani bencana berkaitan hujan
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.

Jalan Keningau-Tenom ditutup susulan tanah runtuh - JKR Sabah
Jalan Keningau-Tenom di Kilometer 151.950/142.250 ditutup bermula hari ini atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

JKNS, orang awam selamatkan wanita hamil semasa kejadian tanah runtuh di Tambunan
Kejadian tanah runtuh itu menyebabkan jalan utama terputus, menghalang laluan ambulans dan kenderaan kecemasan ke lokasi kejadian.

Cameron Highlands rekod trend peningkatan suhu
Rekod data meteorologi dari tahun 1969 hingga 2024 mencatatkan suhu Cameron Highlands menunjukkan trend peningkatan terutamanya dalam tempoh 10 tahun terakhir.

Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

Nanta minta JKR pantau pergerakan tanah di Temalat
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi meminta JKR Sarawak untuk memantau pergerakan tanah di lokasi tanah runtuh di Jalan Song-Temalat-Kanowit, Song.