LIPIS: Sejumlah 58 kubur lama di Tanjung Betong berdekatan Kampung Kuala Telang dipindahkan ke Tanah Perkuburan Kampung Berala dekat sini.
Kubur dipercayai berusia lebih 100 tahun itu dipindahkan ekoran ancaman runtuhan tebing Sungai Jelai berikutan kesan banjir yang berlaku hampir setiap tahun.
Pegawai Agama Islam Daerah, Mohd Zainudin Zakaria berkata, keadaan runtuhan tebing sungai berkenaan yang semakin kritikal mengharuskan pemindahan kubur dilakukan kerana terdapat keperluan dan kewajaran yang perlu diambil kira.
"Penggalian kubur dibuat sedalam kira-kira 1.83 meter bagi tujuan mengesan jenazah dan sekiranya tidak dijumpai, tanah berwarna hitam yang disifatkan sebagai cebisan mayat diambil dan dimasukkan ke dalam kain putih berkarung sebelum dikebumikan.
"Daripada 58 jenazah itu, terdapat lapan yang masih ada sisa tulang yang utuh dan kita kebumikan dalam liang lahad baharu. Manakala selebihnya kita kumpul dan kebumikan dalam satu liang lahad," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Proses Pengalihan Kubur Lama Tanjung Betong ke Tanah Perkuburan Kampung Berala di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Mufti Pahang, Datuk Abdul Zaki Md Zin; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Nizam Abdul Manan; Pegawai Agama Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohd Saad dan Pakar Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Norzaimah Mohd Idris.
Mohd Zainudin berkata, proses pengalihan kubur tersebut mendapat kerjasama pihak forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Hospital Sultan Ahmad Shah, Hospital Jerantut dan Hospital Lipis.
Turut hadir membantu, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Unit Amal Lipis, waris serta penduduk kampung.
Beliau menjelaskan, proses pengalihan yang berlangsung selama dua hari itu mendapat kebenaran pejabat Mufti Negeri Pahang dan telah dimulakan dengan majlis tahlil.
Sementara itu, Norzaimah berkata, usaha mencari batu nisan atau sebarang tanda perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum aktiviti menggali dan memindahkan jenazah.
"Pihak kami akan mengadakan perbincangan dengan JAIP sebelum membuat sebarang keputusan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesulitan serta isu berbangkit di kemudian hari.
"Proses pengalihan kubur ini antara aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kami,” katanya.
Seorang waris, Abdul Latif Lebai Bakar, 70 tahun, berkata, dia sekeluarga menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pihak berkenaan bagi mengalihkan kubur lama ke kawasan baharu.
"Di sini ada kubur arwah ayah saya, Lebai Bakar Said yang meninggal dunia pada tahun 1968. Setiap kali pulang ke kampung pasti saya akan menziarahi pusaranya.
"Cuma hati saya sentiasa bimbang apabila melihat kubur arwah ayah yang hanya beberapa meter sahaja dari hakisan tebing.
"Justeru, ketika dimaklumkan tentang adanya proses pengalihan kubur ini saya menyambutnya dengan baik," katanya.
Ifti Femida
Thu Mar 31 2022
Kakitangan forensik menggali kubur lama bagi mengesan sisa tulang dan cebisan mayat di tanah perkuburan Tanjung Betong berdekatan Kampung Kuala Telang di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
Syaiful Rizal dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat (YBR) melantik Syaiful Rizal Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu, berkuat kuasa 22 Jan lepas.
Titah Diraja: JPA tumpu lima inisiatif utama perkukuh perkhidmatan
JPA menumpukan lima inisiatif utama bagi memperkukuh perkhidmatan awam sebagai tunjang utama pentadbiran negara selaras Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengeluar China akan pindah pengeluaran ke luar negara elak tarif AS
Pengeluar dari China merancang untuk mempercepat usaha memindahkan pengeluaran ke negara lain bagi mengelak tarif Amerika Syarikat.
China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.
Singapura rampas lebih 970,000 produk kesihatan haram pada 2024
Penguasa Sains Kesihatan Singapura (HSA) merampas 970,707 unit produk kesihatan haram dan mengeluarkan 7,351 penyenaraian produk dari platform e-dagang serta media sosial tempatan tahun lalu, hasil tindakan penguatkuasaan bersepadu dengan agensi tempatan dan luar negara.
Bomba Pulau Pinang periksa hotel pastikan tahap keselamatan di tahap tinggi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan di hotel-hotel di negeri itu bagi memastikan tahap keselamatan berada pada tahap tinggi terutama sepanjang Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Misi solidariti damai di selatan Thailand
Editor Astro AWANI, Dr. Azlinariah Abdullah turun padang ke tiga wilayah bergolak di selatan Thailand bagi meninjau semula segala bentuk bantuan yang dihulurkan Malaysia, yang kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN, dari segi sokongan serta kerjasama ekonomi, pendidikan dan budaya sebagai komponen penting untuk mengembalikan keamanan di wilayah berkenaan.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.
Malaysia Kekal Komited Pertahan Ekonomi Terbuka
Kerajaan menegaskan komitmennya untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka dengan mengambil langkah strategik bagi mengimbangi kepentingan negara dalam menghadapi perubahan dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat.
'ASEAN Coin', masih banyak halangan
ASEAN ialah rantau besar dengan ekonomi dan sistem kewangan yang berbeza, menjadikan penyatuan mata wang digital seragam satu cabaran. Menurut Pengurus Besar APAC Luno, Aaron Tang, usaha ini masih di peringkat awal dan berdepan halangan seperti perbezaan dasar ekonomi, kesediaan teknologi, dan keperluan kewangan setiap negara.
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS
Sebanyak 113 individu dari enam kampung di Hulu Bernam, Hulu Selangor dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air petang tadi.
Penduduk Gaza diarah berpindah lagi
Tentera mendakwa, penduduk berisiko berdepan bahaya jika terus kekal di kawasan itu berikutan tembakan roket dari selatan Khan Younis.
Israel arahkan penduduk Palestin di sekitar Khan Younis berpindah segera
Kesemua penduduk Palestin yang menetap di kawasan berkenaan diarah untuk berpindah segera ke zon kemanusiaan.
Bursa Malaysia sahkan perbincangan pindah ke TRX
Pengumuman selanjutnya hanya akan dibuat apabila terdapat perkembangan penting mengenai perkara itu.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Ratusan rakyat Kenya dipindah akibat banjir
Kenya Utara paling teruk terjejas di mana puluhan ribu orang kehilangan ternakan, tanah ladang dan rumah akibat banjir.
Israel ancam pengeboman, arah penduduk Gaza berpindah dengan segera
IDF dalam satu ciapan di platform X menyiarkan peta lokasi potensi serangan dan menyasarkan satu perempat bandar Khan Younis.
1,000 rumah setinggan di jajaran Sungai Skudai akan dipindah
Kerajaan Johor mengenal pasti lebih 1,000 rumah setinggan di sepanjang jajaran Sungai Skudai akan dipindah bagi menyelesaikan isu pencemaran sungai berkenaan.