Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diminta mengambil tindakan secara teliti mengenai rungutan penduduk Taman Silibin Indah di Ipoh mengenai isu hakisan tanah berhampiran kediaman mereka kerana didakwa masih tiada tindakan susulan sejak kejadian itu berlaku pada 14 Mei lalu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata bagaimanapun pihak penguatkuasa MBI perlu meneliti terlebih dahulu sama ada tanah kediaman itu tanah pemilikan sendiri, kerajaan negeri atau tanah milik MBI sebelum sesuatu tindakan diambil.
"Kami perlu menyemak terlebih dahulu sebelum tindakan susulan diambil kerana ada perkara yang mengekang untuk kami mengambil sebarang tindakan. Bagaimanapun mengikut prosedur operasi standard (SOP) pembinaan cerun adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap di sini, hari ini.
Semalam, penduduk di taman berkenaan mendakwa tiada sebarang tindakan susulan dibuat sejak kejadian hakisan tanah melibatkan 10 rumah di taman perumahan itu pada 14 Mei lalu walaupun beberapa agensi datang meninjau keadaan hakisan tersebut sedangkan hakisan masih berlaku.
Menurut penduduk, layanan diberikan kepada mereka tidak seperti diterima penduduk di Taman Kelab Ukay, Ampang, Selangor apabila masalah dihadapi diselesaikan segera apabila agensi dan menteri turun padang.
Sementara itu, Zuraida berkata kerja-kerja menaik taraf Gerai Rakyat yang melibatkan peruntukan berjumlah RM3 juta akan mengambil masa enam bulan untuk disiapkan.
Katanya pada peringkat permulaan, pihaknya menyalurkan peruntukan berjumlah RM1 juta bagi kerja-kerja awal menaik taraf gerai yang berusia 50 tahun itu yang pada asalnya gerai sewaan di bawah Projek Luar Bandar (PLB).
"Kami melihat ada keperluan untuk diberikan peruntukan untuk menaik taraf Gerai Rakyat ini kerana kami perlu pastikan dari segi penguatkuasaan itu penting, tidak akan ada lagi (kewujudan gerai secara haram), kebersihan dan pengurusan gerai di sini sesuai dengan norma baharu dan jangka masa panjang," katanya lagi.
Beliau berkata 40 lot gerai akan dibina dengan fasa pertama sebanyak 15 lot gerai akan dibina terlebih dahulu dan pemilik gerai akan dpindahkan sementara di tapak pasar malam berhampiran di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 02 2020
Penduduk di taman berkenaan mendakwa tiada sebarang tindakan susulan dibuat sejak kejadian hakisan tanah melibatkan 10 rumah di taman perumahan itu pada 14 Mei lalu. - Gambar fail/Astro AWANI
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.
Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah
Seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.
Bumbung terbang, kereta dihempap pokok
Kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 4 petang Ahad itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.