AMPANG JAYA: "Saya tak sangka temui dia dan anak-anak dalam keadaan begitu."
Demikian luah bekas teman lelaki kepada seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.
Individu yang hanya mahu dikenali sebagai Alex berkata, teman wanitanya itu dikenali sebagai seorang individu yang tabah dalam membesarkan kedua-dua anaknya.
"Saya dengan dia (mangsa) telah berpisah sejak dua tahun lalu, namun kami masih tinggal serumah dalam bilik yang berasingan.
"Kali terakhir saya ada terserempak dengan mangsa pada malam Isnin ketika dalam perjalanan ke tandas untuk mandi, saya kenali dia sebagai seorang wanita yang kuat dalam membesarkan anak-anak, saya tak sangka apabila temui dia dalam keadaan yang menyedihkan," katanya pada Sabtu.
Katanya, dia ada mendengar bunyi pita pelekat sekitar awal pagi Selasa namun tidak mengesyaki sesuatu yang buruk, malah tidak menyangka tinggal bersama ketiga-tiga mayat tersebut sejak tiga hari lalu.
"Saya ada dengar bunyi pelita pelekat, tapi saya tak syak apa-apa sebab sangkakan dia sedang bungkus barangan dan dia pula sebelum ini memang ada perniagaan sendiri.
"Sekitar Khamis saya mula rasa tak sedap hati, sebab dah masuk hari ketiga lampu biliknya terbuka dan dia pun saya tak nampak keluar dari bilik," katanya.
Menurutnya, dirinya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena sebab masa sama ada surat daripada rakannya yang mengatakan dia tidak hadir tugas.
"Tanpa berfikir panjang saya terus memecah pintu bilik, dan ketika itu saya lihat dia dan dua anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Saya lihat sendiri keadaan tubuh ketiga-tiga mangsa dalam keadaan kembung, perasaan saya tidak terungkap ketika itu, rasa sedih dan sebak," katanya.
Tambahnya, hatinya juga kesal dengan tindakan bekas teman wanitanya itu yang mengambil tindakan sedemikian.
"Seharusnya apa saja masalah dia perlu ceritakan kepada saya, dan biarpun saya bukan lagi teman lelakinya, saya sanggup mendengar apa saja masalahnya.
"Dia yang saya kenal seorang ibu tunggal yang tabah dan sering membantu rakan-rakan dalam kesusahan, tapi apa saja masalahnya memang dia akan pendam dan tidak akan ceritakan kepada sesiapa," katanya.
Pada Khamis, seorang wanita ditemui mati bersama dua anaknya di kediaman mereka di Kampung Baru Ampang, di sini.
Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah ke apartment terbabit selepas menerima panggilan daripada seorang lelaki pada jam 7.31 pagi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiga mayat membabitkan seorang wanita berusia 42 tahun serta dua anaknya masing-masing lelaki berusia 14 tahun serta perempuan berumur 15 tahun dalam keadaan lengkap berpakaian.
"Polis turut menjumpai satu sampul berisi surat wasiat dan wang tunai," katanya.
Jelas Hussein, kematian ketiga-tiga mangsa juga dipercayai sudah melebihi 24 jam.
"Siasatan masih dijalankan dan setakat ini polis telah mengklasifikasi kes di bawah mati mengejut (SDR)," ujarnya. - Sinar Harian
* Befrienders adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
* Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7627 2929 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my selain di laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube untuk bantuan.
Sinar Harian
Sat Sep 09 2023
Sekitar lokasi kejadian seorang wanita ditemui maut bersama dua anaknya dalam bilik sebuah apartment di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis. - Gambar/ Sinar Harian
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah
Seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.