MELAKA: Seorang guru wanita terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM199,111 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insurans.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Supt E Sundra Rajan berkata mangsa berumur 50 tahun itu menerima panggilan telefon pada 10 Okt lepas daripada suspek yang mendakwa kononnya daripada ejen insurans, dengan mengatakan mangsa telah membuat tuntutan insurans sebanyak empat kali dengan jumlah RM76,800.
"Mangsa telah menafikan perkara tersebut, namun panggilan itu disambungkan ke Balai Polis Pudu dan bercakap dengan SM Azman yang mengatakan pengadu terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram berkait dengan seorang suspek lelaki bernilai RM2.8 juta.
"Panggilan mangsa seterusnya disambungkan kepada Insp Mastura yang memberitahu dia boleh membantu mangsa menyelesaikan kes itu, sebelum mangsa menerima satu lagi panggilan daripada Puan Yong dan Tuan Chong yang menyamar pegawai bertugas dengan memberitahu mangsa akan didakwa di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah, selain memintanya membayar wang jaminan sebanyak RM568,000," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sundra berkata disebabkan mangsa tidak mempunyai wang untuk membayar wang jaminan itu, mangsa telah membuat pinjaman dengan dua bank berlainan bernilai RM380,888.
Katanya dua hari kemudian (12 Nov) mangsa menerima panggilan daripada Puan Yong dan mengarahkan mangsa menukar nombor telefon pada kad bank milik mangsa kepada nombor telefon yang diberikan oleh suspek, selain mengarahkan semua wang simpanan mangsa yang ada dalam satu lagi akaun bank dipindahkan ke dalam satu akaun.
"Tanpa rasa curiga mangsa telah mengikut semua arahan suspek dan selepas itu wanita itu telah dihubungi semula oleh Puan Yong yang memintannya membuat pinjaman dengan pihak pinjaman kredit namun tidak berbuat demikian kerana berasa curiga.
"Mangsa kemudiannya membuat semakan akaun bank miliknya dan mendapati sejumlah wang RM199,111 telah dikeluarkan. Berasa diri diperdaya, mangsa membuat laporan polis semalam (7 Dis) di Balai Polis Tiang Dua," katanya.
Sementara itu dalam perkembangan lain Sundra berkata seorang suri rumah berusia 55 tahun turut mengalami kerugian RM9,850 menerusi modus operandi yang hampir sama, apabila diperdaya suspek yang menyamar sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memaklumkan kad pengenalan miliknya disalah guna untuk mengambil ubatan di sebuah klinik kerajaan di Ipoh, Perak.
Tambahnya kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan yang mencurigakan serta membuat semakan terhadap nombor telefon dan akaun bank sebelum membuat sebarang urusan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021
Disebabkan mangsa tidak mempunyai wang untuk membayar wang jaminan yang dikatakan, mangsa telah membuat pinjaman dengan dua bank berlainan bernilai RM380,888.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Keputusan SPM 6A, pelajar hidap angin ahmar ingin jadi guru
Siti Nur Amalin memilih untuk mengulang kaji pelajaran secara bersendirian selain membuat latihan dan sentiasa fokus ketika guru mengajar.
KPM beri jaminan bebanan tugas, masalah kekurangan guru diatasi apabila satu sesi dilaksanakan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan bebanan tugas serta masalah kekurangan guru dapat diatasi apabila sistem satu sesi di semua sekolah di seluruh negara dilaksanakan sepenuhnya.
Pemangku Raja Perlis seru semua pihak main peranan capai transformasi pendidikan berkualiti
Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya memainkan peranan bagi mencapai transformasi pendidikan berkualiti.
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
Guru tampar, cekik murid ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah - Exco
Guru terbabit juga didakwa memarahi beberapa orang murid yang lain dengan mengeluarkan kata-kata kesat.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
Polis Kelantan kenal pasti penulis buat hantaran mengenai pedofilia di Tumpat
Polis telah mengenal pasti penulis yang membuat hantaran di media sosial Instagram dan Facebook mengenai kes pedofilia yang membabitkan seorang guru di Tumpat.