SEREMBAN: Seorang guru tadika mendakwa kerugian RM69,030 gara-gara ingin membeli seekor kucing berharga RM900 menerusi media sosial, Sabtu lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Abd Ghani berkata wanita berusia 25 tahun itu berminat untuk membeli kucing jenis 'Scottish Fold' dari Indonesia yang diiklankan menerusi Facebook pada 23 Okt lepas.
"Kemudian wanita berkenaan berbincang menerusi telefon dengan persetujuan harga sebanyak RM900. Mangsa hanya perlu membayar separuh harga dan selebihnya akan dibayar setelah mendapat kucing tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aibee berkata pada hari sama, wanita itu membayar wang pendahuluan sebanyak RM450 ke dalam akaun atas nama Tansiaupenga Siagian melalui pemindahan wang dan kemudian dimaklumkan bahawa kucing tersebut telah 'dipos' kepada mangsa.
Menurut beliau wanita berkenaan telah diminta membuat beberapa bayaran sebagai prosedur sepanjang proses pengeposan kucing tersebut.
"Justeru, mangsa telah melakukan 14 transaksi ke dua akaun berbeza berjumlah RM69,030 sejak 23 hingga 24 Okt lepas," katanya.
Aibee berkata mangsa membuat laporan polis semalam setelah menyedari ditipu selain bimbang dokumen seperti gambar kad pengenalan dan alamat rumah disalahgunakan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021
Mangsa telah melakukan 14 transaksi ke dua akaun berbeza berjumlah RM69,030 sejak 23 hingga 24 Okt lepas. - Gambar hiasan
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Guru tadika dipenjara tampar kanak-kanak 4 tahun
Seorang guru tadika swasta dihukum penjara dua bulan kerana menampar muridnya yang berusia empat tahun, bulan lalu.
Guru tadika pukul murid didakwa esok
Polis menerima aduan daripada bapa kanak-kanak tersebut pada 4.49 petang, 13 Mei lepas, yang mendakwa anaknya mengalami kecederaan, dipercayai berlaku di tadika.
Tiga guru, pembantu tadika didakwa aniaya anak jagaan
Tiga guru dan seorang pembantu tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mengabaikan dan menganiaya dua kanak-kanak di bawah jagaan mereka, sejak Mac lalu.
Guru tadika terkejut raih ganjaran lebih 10 tahun gaji dalam penstriman langsung
Dengan penampilan dan kaedah pengajarannya yang menarik, Huang telah memperoleh lebih 4.3 juta pengikut pada akaun TikToknya.
Polis siasat kes kanak-kanak 3 tahun dipukul guru tadika
Polis telah menerima laporan berkaitan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipukul oleh guru di sebuah tadika di Kepong.
Pemilik tadika didakwa dedahkan dua kanak-kanak kepada kecederaan, lemas
Seorang pemilik tadika swasta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendedahkan dua kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya kepada kecederaan dan lemas.
Guru tadika ditahan kes dera empat murid
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru tadika kerana dipercayai mendera empat kanak-kanak yang juga muridnya di sebuah tadika swasta di Muar, baru-baru ini.
Guru tadika rugi RM4,200 terperdaya tawaran jadi isteri 'menteri'
Mangsa telah ditawarkan wang tunai RM1 juta dan kereta mewah Rolls-Royce sekiranya bersetuju.
Hasrat jadi isteri 'menteri' tidak kesampaian, wanita rugi 'modal' RM4,200
Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai guru tadika itu juga dijanjikan hadiah wang tunai RM1 juta dan sebuah kereta mewah jenis Rolls-Royce sekiranya bersetuju untuk menjadi isteri lelaki itu.
Guru tadika rugi RM69,030 ditipu pembelian kucing
Seorang guru tadika mendakwa kerugian RM69,030 gara-gara ingin membeli seekor kucing berharga RM900 menerusi media sosial.