KUALA LUMPUR: Silibus pendidikan di peringkat pengajian tinggi berhubung industri berkaitan kanak-kanak kini tidak boleh lagi sekadar menghasilkan guru tadika semata-mata, sebaliknya ia perlu dikembangkan lagi sejajar dengan keperluan masa kini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, industri berkaitan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek dan penyediaan tenaga mahir perlu lebih menyeluruh memandangkan golongan kanak-kanak adalah aset untuk negara.
Atas sebab itu, beliau berkata, kolej universiti tersebut sedang mengadakan perkongsian strategik dengan industri-industri tertentu, bagi memastikan pelajar lepasan institusi itu mendapat pendedahan terbaik dan bersedia memenuhi kehendak semasa.
“Kita bersedia menawarkan program baharu iaitu berkaitan industri kanak-kanak di dalam negara kita. UCMI merupakan yang pertama mempelopori bidang ini dan kita lihat industri kanak kanak ini sebagai agenda negara.
“Sebab itu kita perlukan program yang sesuai dengan keperluan pasaran. Kerjasama dengan industri satu contoh, kerana industri akan memberi maklum balas kepada kita, sediakan ruang pembelajaran, apakah bentuk pendidikan yang sesuai untuk anak-anak di masa depan.
“Ini merupakan satu smart partnership yang perlu ada, dan insya-Allah akan dikembangkan dengan lebih ramai lagi rakan yang akan memainkan peranan supaya input itu ada,” katanya lagi.
Taufiq berkata demikian kepada Astro AWANI selepas merasmikan penutupan Karnival Robotic UCMI 2024 di Batu Caves, pada Sabtu.
Karnival tersebut merupakan sebahagian daripada latihan penganjuran majlis bagi pelajar UCMI dan telah menerima kunjungan menggalakan dengan kehadiran sekitar 1,000 ibu bapa dan anak-anak.
Salah seorang jawatankuasa penganjur yang juga pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UCMI, Nurul Aqilah Mohd Jainuddin berpandangan, penstrukturan semula silibus berkaitan industri kanak-kanak akan mempersiapkan mereka dalam menghadapi alam pekerjaan di zaman ini.
“Tak semestinya menjadi guru tadika sahaja. Sebab, dunia untuk diploma pendidikan kanak kanak menyeluruh, merangkumi pelbagai aspek.
"Sebab itu kita kita kena buka kepada masyarakat. Pendidikan kanak kanak bukan (sahaja untuk) jadi guru tetapi ada pelbagai industri di luar sana,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Jul 21 2024

Sekitar 1,000 pengunjung menghadiri Karnival Robotic UCMI 2024 di Batu Caves, pada Sabtu, yang merupakan sebahagian daripada latihan penganjuran majlis bagi pelajar UCMI. - Foto UCMI

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

UCMI mahu luaskan ekosistem pendidikan industri kanak-kanak
Industri berkaitan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek, dan penyediaan tenaga mahir perlu lebih menyeluruh, kata Prof Taufiq