Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengesahkan seorang daripada 16 individu ditahan polis dalam operasi khas pada 21 Sept hingga 6 Okt lalu kerana dipercayai terlibat kegiatan militan ialah seorang guru kaunseling di sebuah sekolah kerajaan.
Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Khair Mohamad Yusof berkata dalam hal seperti itu, Kementerian Pendidikan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana guru, kakitangan sokongan dan pelajar sekolah yang terlibat dalam kegiatan tersebut.
"KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi membendung kegiatan ini daripada menular.
"KPM turut ingin mengingatkan semua guru agar menjauhkan diri agar tidak terlibat dengan kegiatan militan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata kegiatan sedemikian akan memberi kesan negatif kepada negara malah menjejaskan kemurnian profesion keguruan dalam kaca mata masyarakat di negara kita.
Katanya kegiatan seperti penyebaran fitnah menerusi media sosial dan juga aktiviti yang bercorak anti kepada kerajaan yang memerintah turut akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi sekiranya terdapat individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah menahan 16 individu termasuk seorang warga Afrika kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengganas dalam operasi di sekitar Selangor, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah, bermula 21 Sept hingga 6 Okt. -Bernama
Bernama
Mon Oct 10 2016

KHAIR: Kementerian Pendidikan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana guru, kakitangan sokongan dan pelajar sekolah yang terlibat dalam kegiatan tersebut. -Gambar fail

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Guru kaunseling antara 16 ditahan disyaki terlibat kegiatan militan - KPM
Kementerian Pendidikan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana guru, kakitangan sokongan dan pelajar sekolah yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

Imigresen mampu halang individu terlibat Daish di pintu masuk negara
Datuk Seri Mustafa Ibrahim berkata pihaknya bergantung kepada pihak polis dalam membantu mengenal pasti individu yang terlibat sama ada warga tempatan mahupun asing dalam kegiatan itu.