Seorang guru wanita di sini terpaksa menanggung kerugian RM93,000 selepas diperdaya seorang lelaki yang baru dikenalinya Februari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 42 tahun berkenalan dengan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia, bernama Ismail Akhbar.
"Pada 17 Mac lalu, mangsa memasukkan duit berjumlah RM6,000 ke dalam satu akaun yang diberikan oleh suspek, kononnya untuk digunakan bagi perbelanjaan datang ke Malaysia.
"Pada 6 April lalu, mangsa menerima mesej WhatsApp dari suspek, kononnya sudah sampai ke Malaysia dan memaklumkan bahawa mengalami beberapa masalah dengan jabatan kerajaan," katanya.
Menurutnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini, mangsa susulan itu memasukkan lagi duit ke dalam akaun yang sama beberapa kali sehingga semalam, menjadikan jumlah keseluruhan RM93,000.
"Semalam, mangsa berhubung dengan Ismail dan menyatakan mangsa akan ke Kuala Lumpur bagi berjumpa dengannya, tetapi suspek minta wanita itu tunggu sehingga hal duit selesai dahulu," katanya.
Bagaimanapun, mangsa kemudiannya gagal menghubungi suspek walaupun selepas beberapa kali mencuba.
"Mangsa yang mengesyaki dirinya sudah ditipu oleh suspek kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran semalam.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
Noraniza Kamsani
Sun Apr 12 2020

Setelah memasukkan sejumlah wang yang besar, mangsa gagal menghubungi suspek walaupun selepas beberapa kali mencuba. - Gambar hiasan

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Guru ditipu rakan baru dikenali, rugi RM93,000
Mangsa berusia 42 tahun berkenalan dengan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia bernama Ismail Akhbar.