KUALA LUMPUR: Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Selangor yang didakwa seorang murid mengeluarkan kata-kata tidak wajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, kini ditempatkan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sehingga siasatan kes itu selesai.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan menyebut tindakan seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes berkenaan selepas laporan polis dibuat murid terbabit pada 24 April lepas.
Kementerian itu juga meneliti secara terperinci perkara yang tular mengenai komen didakwa dibuat pengetua SMKPA terhadap murid tersebut melalui laman Facebook.
"KPM mengesahkan satu laporan polis dibuat pengetua berkenaan di Balai Polis Kuala Selangor yang menafikan beliau memuat naik komen berkenaan dan mengesyaki akaun Facebook miliknya telah digodam," menurut kenyataan itu.
Menerusi kenyataan itu juga, KPM menjelaskan Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama yang diterima murid berkenaan secara umumnya dikeluarkan bagi memastikan ibu bapa atau penjaga dan pihak sekolah mengetahui dan cakna mengenai kehadiran serta keberadaan murid semasa sesi persekolahan.
Menurut KPM, pemantauan kehadiran murid ke sekolah dilaksanakan melalui Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).
Kenyataan itu menyebut surat pemberitahuan dikeluarkan sekiranya murid tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau 10 hari tidak berturut-turut tanpa mengemukakan sebab secara bertulis kepada pihak sekolah dan guru.
"Selain itu, tindakan ini juga membolehkan KPM memantau kemungkinan berlaku keciciran dalam kalangan murid dan mengambil tindakan intervensi sewajarnya," menurut kenyataan itu.
KPM memaklumkan bagi tempoh 16 hingga 30 April lepas, sekolah itu mengeluarkan enam Surat Pemberitahuan Ketidakhadiran ke Sekolah: Amaran Pertama kepada ibu bapa atau penjaga apabila anak mereka tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.
Kenyataan itu menyebut kementerian sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kebajikan murid serta seluruh warga sekolah.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang pelajar perempuan yang mendakwa guru sekolahnya membuat jenaka berhubung isu rogol.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 12 2021
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan menyebut tindakan seterusnya bergantung kepada hasil siasatan kes berkenaan selepas laporan polis dibuat murid terbabit pada 24 April lepas. - Gambar fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Kejadian menimpa pelajar itu terbongkar selepas pasukan polis berjaya menemui mangsa hasil aduan dibuat oleh ibunya.
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Rogol amah: Mahkamah Rayuan benar ahli perniagaan semak hukuman penjara 12 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan, menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan lima sebatan.
Rayuan ditolak, lelaki rogol wanita hamil kekal dipenjara 9 tahun
Hakim membuat keputusan tersebut selepas menolak rayuan Mohammad Sukri Jaafar, 43, dan memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Tiga kanak-kanak ditahan kerana disyaki rogol rakan sekampung
Tiga sekawan berumur antara 12 hingga 14 tahun ditahan kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun di sebuah kebun di Tawau pada Khamis.
Tiga bapa saudara dihukum penjara, sebat lakukan amang seksual, rogol anak saudara
Ketiga-tiga beradik itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan menanggung ibu bapa mereka.
Kes rogol: Da'i Syed fail rayuan hukuman 10 tahun jel, tiga sebatan
Menerusi notis rayuan yang difailkan 30 Ogos lalu, Syed Shah Iqmal, membuat permohonan itu kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan hakim.
Kumpulan wanita protes kegagalan undang-undang India
Protes itu juga bagi menuntut keadilan kepada tragedi seorang doktor yang dirogol dan dibunuh di Kolkota pada 9 Ogos lalu.
Doktor India lanjut mogok hingga tuntutan dipenuhi
Antara lain, mereka menggesa persekitaran kerja lebih selamat susulan kematian seorang doktor pelatih yang dirogol dan dibunuh.
KPM sentiasa tegas tangani isu gejala seksual babit komuniti sekolah - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa kekal tegas dalam tindakan tatatertib yang diambil berhubung isu kesalahan seksual melibatkan komuniti sekolah.