TELUK INTAN: Seorang guru sekolah menengah di Tapah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Jumaat atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki, tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Faizal Amir, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa atas 10 pertuduhan dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap tujuh pelajar lelaki berusia 14 hingga 16 tahun.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah warden sekolah berkenaan antara 28 Julai hingga 29 September 2020.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebat.
Tertuduh turut didakwa dengan 22 pertuduhan amang seksual fizikal mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Kesalahan yang dilakukan di lokasi, tarikh dan masa yang sama itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM55,000 untuk semua pertuduhan di samping melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan dilarang mendekati mangsa.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Cheah Shuh Yuan manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Farid Wajdi Hanif.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Sep 17 2021
Mohd Faizal Amir, 32, (tengah) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki sejak Julai hingga September tahun lalu. - Foto BERNAMA
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Guru didakwa tujuh pertuduhan rogol, amang seksual pelajar OKU
Seorang guru didakwa atas tujuh pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU).
Guru hadapi empat tuduhan gagal lapor pemberian rasuah lebih RM33,000
Seorang guru mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan gagal melaporkan pemberian rasuah berjumlah RM33,870.10 kepada SPRM.
Guru didakwa atas 32 tuduhan seks luar tabii, amang seksual
Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan atas 32 pertuduhan melakukan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap tujuh pelajar lelaki.
Guru wanita didakwa cederakan murid tahun tiga
Seorang guru Matematik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang murid perempuan Tahun Tiga di sebuah sekolah kebangsaan di sini, tahun lalu.
Guru didakwa lakukan kelucahan melampau pada murid lelaki
Guru itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap murid itu di bilik guru di sebuah sekolah rendah di sini pada 9 pagi, 4 Mei 2016.