Abdul Aziz Husin, 54, didakwa telah diberi suapan wang daripada seorang lelaki berusia 56 tahun dan seorang wanita berumur 51 tahun menerusi empat transaksi antara RM1,300 hingga RM17,070.10 dan gagal melaporkan kesemua pemberian tersebut kepada pihak SPRM, yang melanggar peruntukan Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Niaga 1, Kota Tinggi pada 9 Nov 2022 dan 17 Jan tahun lepas mengikut Seksyen 25(2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit keslahan.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan melaporkan diri ke pejabat SPRM Batu Pahat sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 8 Sept untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Alice Voon Mei Ling manakala Abdul Aziz diwakili peguam Mohd Razak Sharif. - BERNAMA