Seorang guru Matematik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang murid perempuan Tahun Tiga di sebuah sekolah kebangsaan di sini, tahun lalu.
Wanita berusia 27 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.
Tertuduh yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia tujuh bulan didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap murid perempuan yang ketika itu berusia sembilan tahun di sebuah sekolah, pada 8.10 pagi, 16 Jun 2016.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Natasha Chin Le Jy menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding.
Tertuduh yang diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin yang rendah atas alasan wanita itu sudah berkhidmat sebagai guru selama tiga tahun.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.
Turut hadir di mahkamah ialah suami tertuduh, wakil sekolah dan ibu mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2017
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
Guru madrasah didakwa cederakan murid
Seorang guru agama madrasah di hadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini atas pertuduhan mencederakan murid dua minggu lalu.
Guru wanita didakwa cederakan murid tahun tiga
Seorang guru Matematik didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan seorang murid perempuan Tahun Tiga di sebuah sekolah kebangsaan di sini, tahun lalu.